4.8.09

Grand MPP Pertama Di Grik Pada 2 Ogos 2009

Misi sehari di Grik dengan gerak kerja yang padat bermula dengan 'berkonvoi' dari Pekan Lenggong ke Bandar Grik sebanyak 10 buah kereta mewah berlambang My J. Selepas sesi taklimat di Rumah Rehat Grik para pejuang My J menyerbu kawasan-kawasan tumpuan suspek. Suspek-suspek yang ditemui akan dijadikan prospek bagi menghadiri Grand MPP di Dewan Persidangan Majlis Daerah Grik pada sebelah malamnya. Dengan penuh semangat bakal CDM Cikgu Siti memberi testimoni kereta mewah yang baru diterimanya pada 1 Ogos 2009.
Saya turut diberi peluang untuk bercakap tentang kereta mewah pertama My J Perak dan juga testimoni pendapatan.

Seperti biasa CDM Yeop menyampaikan ucapannya dengan penuh gaya dan isi ucapan yang boleh dijadikan input yang berguna kepada para usahawan yang baru mula melangkah.


Bakal CDM Shima memberikan MPP yang meyakinkan dengan gaya ala-ala CDM Suhaili yang menjadi idola utamanya dalam menjalankan projek My J ini.

Sesi closing oleh CDM Kak Long sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam di dalam sanubari para prospek untuk terus masuk projek terhebat ini.
Majlis dipengerusikan oleh bakal CDM Zurini dan sesi ucapan CDM Zawawi tidak dapat disiarkan kerana masalah teknikal. Ribuan kemaafan dipohonkan.




No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...