1.9.09

Kejayaan Misi Gempur Taiping Diraikan Dengan Jamuan Berbuka Puasa

Misi Gempur Taiping yang dijalankan pada hari ke-10 Ramadhan bersamaan 31 Ogos 2009. Pelancaran misi ini telah diadakan di Hotel Seri Malaysia Taiping dengan majlis taklimat oleh CDM ID dan CDM Sherry pada pukul 10.00 pagi. Selepas itu barulah para pejuang My J dalam beberapa kumpulan bergerak di sekitar daerah Taiping bagi mengenalpasti prospek yang akan dipersembahkan dengan sistem My J bagi sama-sama menjana income yang lumayan dan luar biasa.
Setelah satu hari bertungkus lumus para pejuang My J Perak yang diketuai sendiri oleh CDM ID dan pasangannya di dalam suasana puasa yang sebenarnya memerlukan komitmen yang jitu dan padu sahaja yang berjaya melepasi godaan nafsu yang lebih suka relax atau tidur lebih baik. Namun istilah relax atau tidur di bulan penuh rahmat ini tidak ada dalam kamus para pejuang My J Perak. Keletihan disiang hari dirasai nikmatnya bila tiba waktu berbuka puasa yang tidak dapat digambarkan akan kepuasannya. CDM ID dan CDM Sherry telah bermurah hati mengadakan jamuan berbuka puasa di Restoran Selera Malam yang terletak di Bandar Taiping. Terima kasih CDM berdua semoga rezeki kalian terus bertambah-tambah dan permudahkan oleh Allah SWT.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...