Iklan Nuff

28.9.09

KELEBIHAN PUASA ENAM


Dari Abu Hurairah (r.a), Nabi bersabda:"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan 6 hari di bulan syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun"-ALBAZZAR. Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam.


Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang2 yang mengejar ni'mat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.Ganjaran pahala diberikan oleh Allah taala kepada mereka yang berpuasa enam di bulan syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun...Diantara kelebihan2 puasa enam hari di bulan syawal ialah:

*puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan


*sebagai tanda bersyukur kepada ni'mat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti ni'mat kesihatan tubuh badan yang baik


*mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya


*memudahkan malaikat al-maut mencabut nyawa


Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat2 yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan-NYA jua

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...