9.9.09

RAMADAN BULAN PERJUANGAN

Alhamdulillah, kutemui lagi Ramadhan Kareem. Bulan yang penuh barakah dan ladang untuk bercucuk tanam bagi bekalan di sana nanti. Kemuliaan Ramadhan tidak hanya berkisar tentang puasa, zakat, ibadah yang lain tetapi kerana penurunan Kitab agung iaitu Al-Quran daripada Allah SWT kepada umat Muhammad S.A.W.


Ramadhan adalah titik nikmat daripada Tuhan untuk kita bertafakur di atas sejadah, untuk kita mengucur peluh dalam jalan perjuangan dan untuk kita mengasak nafsu agar beribadah.

Mari kita renungi Ramadhan dalam pandangan pejuang terdahulu. Mereka menghiasi Ramadhan dengan beralaskan keringat dan berlangsirkan darah. Mereka terus mara dengan pedang yang terhunus demi menegakkan agama suci ini.

Bagaimana pula dengan kita ?

Adakah kita menghiasi Ramadan kita dengan beralaskan tilam dan bantal yang empuk di siang hari sepanjang masa ?

Kisah perjuangan para syuhada sewaktu bulan Ramadhan bukan untuk dikenang atau disimpan dalam lipatan sejarah tetapi ia adalah pedoman atau panduan buat kita untuk bersama berusaha menjadikan Ramadhan kali ini lebih bererti.

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu, ada pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal”
Surah Yusoff: 111

Berikut beberapa keping fakta perjuangan tentera Islam semasa Ramadan :

Pembukaan Kota Makkah (10 Ramadan 8 Hijrah): Rasulullah SAW keluar bersama 10,000 pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Ansar menuju Makkah bagi membebaskannya dari kemusyrikan.

Perang Badar ( 17 Ramadan 2 Hijrah ) Perang yang membawa kemenangan spektakular oleh kaum muslimin meski pun dengan jumlah yang sedikit dan peralatan perang yang kurang berbanding tentera kufar.

Perang Ain Jalut ( 25 Ramadan 658 Hijrah ) Perang di antara tentera Muslimin dan tentera Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum Muslimin.

Penaklukan Wilayah Andalus (28 Ramadan 92 Hijrah ) Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7,000 menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah menawan wilayah Andalus di bawah kekuasaan kerajaan Kristian Sepanyol.

Khalid Al-Walid memusnahkan patung al-Uzza di Nakhla (25 Ramadan )

Peperangan Zallaqah, Portugal ( Ramadan 459 Hijrah ) Sultan Yusuf bersama tenteranya melawan tentera Kristian pimpinan al-Fonso IV dan berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.

Persiapan Perang Khandak dilakukan dengan cadangan Salman al-Farisi menggali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah sebagai helah peperangan. Rasulullah SAW serta sahabat menggali parit di bawah terik matahari selama 6 hari 6 malam sehingga siaplah parit sedalam 10 hasta, 9 hasta lebar dan panjangnya 15,000 hasta.

Tentera Islam menggalahkan tentera Monggol ( 15 Ramadan 658 Hijrah ) Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khan berjaya menewaskan musuh di Ain Jalut.

Peperangan Yakhliz (15 Ramadan 1294 Hijrah) 34,000 tentera Islam mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740,000 demi mempertahankan Islam daripada diancam oleh kerajaan Tzar, Rusia.

** Fakta dipetik daripada sebuah akhbar Alternatif tanahair

Allah memberikan kita Ramadan untuk kita berjuang menambah amalan, meningkatkan kualiti ibadah, memperkasakan tarbiyah diri dan mengekang hawa nafsu kita.

Bersama kita mengisi Ramadan kita sebaiknya umpama inilah Ramadan terakhir yang kita temui.

Petikan daripada,
http://afiqizzudin.wordpress.com

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...