21.12.09

Berita Konvensyen My J 09 dalam BERNAMA

Ahad Disember 20, 2009


Melaka Tumpu Pasaran MICE Tahun Depan

MELAKA: Melaka akan menggiatkan pasaran mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) bagi menarik sejuta peserta domestik dan antarabangsa, tahun depan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, pelbagai kemudahan bertaraf antarabangsa yang ditawarkan untuk MICE akan menjadi daya tarikan baru kepada peserta.

"Menjelang tahun depan, Melaka mensasarkan sejuta peserta MICE dengan 30 peratus daripada jumlah tersebut adalah peserta antarabangsa," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen MyJ Konsortium Sdn Bhd di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini, malam tadi.

Mohd Ali berkata, Melaka kini mempunyai MITC iaitu pusat MICE keempat terbesar di Malaysia dengan keluasan 14,670 meter persegi termasuk dewan yang mampu memuatkan kira-kira 15,000 orang.

"Hotel di Melaka juga menawarkan tempat untuk MICE bagi memenuhi keperluan pada masa depan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan MyJ Konsortium Sdn Berhad, Datuk Suhaili Yosop berkata MyJ, satu kumpulan yang menjalankan sistem jualan langsung yang memasarkan produk syarikat Hai-O Marketing Sdn Bhd.

Beliau berkata, syarikatnya sedang berusaha melahirkan ramai usahawan Melayu yang berpotensi untuk menjadi jutawan melalui perniagaan berkenaan.
- BERNAMA

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...