28.1.10

Berita My J Perak Dalam Sinar Harian 28 Jan. 2010

Jalin kerjasama melalui sukan

LENGGONG – Untuk lebih mengeratkan dan memupuk hubungan kerjasama dengan orang ramai, pihak My J Project Perak telah memilih sukan sebagai salah satu daripada medium utama mereka yang secara tidak langsung akan lebih memperkenalkan kumpulan itu kepada masyarakat di sekitar negeri Perak.

Berikutan niat itu, My J Project Perak baru-baru ini, telah berbesar hati menyumbangkan jersi My J Team kepada salah satu daripada pasukan bola sepak yang turut bertanding di dalam Liga Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Lenggong.

Pemimpin My J Project Perak, Sharifah Hazlina Syed Musa ketika ditemui selepas penyerahan jersi itu berkata, niat untuk menyumbangkan jersi dan seterusnya menaja pasukan tersebut yang bertanding dalam liga itu di atas tiket Kampung Beng adalah berikutan ramai antara pemainnya merupakan ahli-ahli My J Project Perak.

“Sumbangan jersi dan juga penajaan ini juga dijalankan atas rasa keikhlasan dari masyarakat kepada masyarakat dan melalui perbincangan bersama kepimpinan My J Project Perak di mana kami telah sama-sama bersetuju untuk menaja pasukan ini sepanjang liga berlangsung.

“My J Project Perak, kini juga sedang dalam perancangan untuk menubuhkan kelab atau pasukan bola sepaknya sendiri untuk bertanding dalam kejohanan-kejohanan bawah 21 dan semua pengurusan akan diserahkan di bawah ID Azalan Shah Bunyamin, yang merupakan salah seorang kepimpinan di Perak,” katanya.

Menurut Sharifah Hazlina lagi, antara sebab pasukan yang bertanding di atas tiket Kampung Beng dalam Liga Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Lenggong ini, adalah berikutan ia merupakan tempat kelahiran ID Azalan Shah yang bakal menguruskan pasukan bola sepak My J Team nanti.

Beliau turut memaklumkan bahawa penyertaan untuk My J Team nanti akan terlebih dahulu dibuka kepada kalangan anak-anak ahli My J Perak sebelum ia akan dibuka untuk penyertaan umum.

“Kami juga berkemungkinan akan membuat saringan di sekitar Perak iaitu di setiap kawasan dalam kesemua daerah di negeri ini untuk pemilihan pemain-pemain dan akan bermula di Lenggong.

“Untuk peringkat permulaan, penyertaan My J Team akan memberikan penumpuan kepada liga-liga bawah 21 yang berlangsung di sekitar Perak dan sekiranya kami berjaya mendapat satu pasukan yang kuat dari kawasan Parlimen Lenggong, maka ia sudah cukup bagus bagi kami,” katanya.

Untuk permulaan kepada penajaan My J Project kepada pasukan bola sepat berkaitan, mereka telah disumbangkan sepasang jersi yang lengkap bagi setiap pemain termasuk pemain-pemain simpanan dan gantian.

Selaku Pemimpin My J Project Perak, Sharifah Hazlina juga turut mengakui bahawa beliau merasa gembira apabila dimaklumkan bahawa pasukan tajaannya juga merupakan antara pasukan terkuat yang bertanding di dalam Liga Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Lenggong.

“My J Project yang datang di atas platform Hai-O kini sedang dalam usaha untuk meneroka pasaran Perak dan berhasrat untuk cuba menguasai pasaran seluruh negeri ini dengan hasrat untuk membuka peluang perniagaan kepada masyarakat sekitar negeri ini.

“My J Project Perak juga merasakan bahawa melalui hubungan kerjasama melalui sukan dan kebajikan, adalah lebih mudah untuk kami mendekati serta diterima di kalangan masyarakat setempat,” katanya.

Sementara itu, jurulatih pasukan tajaan My J Project Perak, Zamri Mat Aris, 40 yang juga merupakan bekas penjaga gol Perak, berkata, pasukan ini telah melalui dua perlawanan sepanjang liga berlangsung dan bakal melalui perlawanan ke tiga mereka selepas sahaja penyerahan jersi dilakukan.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...