28.5.10

Kenapa Gagal?

KENAPA KITA GAGAL DALAM JUALAN LANGSUNG ? 
Saya juga pernah gagal tetapi kegagalan adalah suatu proses berlanjutan untuk mencapai kemenangan. Rahsianya jangan putus asa dan jangan mundur diri. Beberapa punca kegagalan adalah seperti berikut: 
1.  Sekali cuba menaja atau mencari orang kena tolak terus kecewa.
2.  Terlalu bergantung kepada upline dan tidak berusaha sendiri.
3.  Semangat tidak berterusan kerana takut dengan cabaran.
4.  Terlalu percaya tanpa bekerja keras akan berjaya.
5.  Tidak mau belajar , angkuh  kononnya sudah pandai. 
Anda adalah juara dan pemimpin yang terhebat. 
Anda adalah leaders yang terbaik di dalam penjualan kalaulah tanpa anda kemungkinan sesebuah syarikat jualan langsung tidak akan berjaya. Kita sudah menjadi juara sejak kita di lahirkan.an  .Cuba anda fikir secara sains,lebih kurang 5 juta ekor sperma berjuang dan juga berebut hanyalah untuk mensenyawakan dengan sebiji telur ovum saja dan hanya salah seekor sperma saja yang menang mensenyawakan telur itu iaitu adalah anda.Maknanya anda telah dilahirkan sebagai pemenang juara bererti juga andalah yang boleh membuat keputusan sama ada adakah anda akan berjaya atau disebaliknya dalam apa jua pun urusan.Ia juga serupa dalam apa jua perniagaan yang anda ceburi.Oleh itu,saya ingin dan mahu melihat yang anda semua juga boleh berjaya dan mengecapi  segala kemewahan. 
Kenapa orang lain boleh berjaya sedangkan anda tidak boleh? 
Contohnya: Ada seorang lelaki yang telah berusia lanjut lebih dari 60 tahun tapi beliau bukanlah seorang lelaki yang kaya serta mampu untuk menyediakan modal yang banyak untuk memulakan perniagaannya.Tapi anda jangan pandang serong terhadap beliau kerana anda tidak tahu mengenai dia sebab beliau merupakan seorang yang telah berjaya dalam perniagaannya walaupun masa itu beliau bertangan kosong saja.Cuba anda fikir sejenak adakah beliau seorang yang selalu mendapat tuah serta kebaikkan saja dan adakah beliau dari keturunan dewa kekayaan?Sebenarnya tidak….beliau juga seorang manusia,berperasaan, dan dia juga makan nasi seperti anda juga makan nasi.Oleh itu,apakah rahsia sebaliknya yang dia boleh berjaya?Rahsia beliau adalah…..perlulah kerja keras dan tidak mudah putus asa…cuba-cuba tanya downlie anda? 20 orang ?Baik janganlah berniaga sekiranya downline hanyalah 20 orang.Paling penting kita perlu mencari lebih kurang dekat 1,000 downline atau lebih banyak lagilah bagus dan anda pasti nampak mata sendiri kejayaan itu.Orang kata,kalau nak berjaya tak usah banyak alasan seperti tak pandailah atau apa-apa saja?Kalau kepala otak sudah ada persediaan untuk meluahkan perkataan alasan seperti itu lebih baik anda pulang tidur saja dan jangan berniaga serta anda lihat sendirilah pasti anda akan nampak kegagalan anda buat selama-lamanya. 
Jadi apa yang boleh saya lakukan dan bertindak dengan cepat? 
Senang dan mudah saja ialah langkah pertama anda harus mencari dan menaja orang.Setiap orang harus dan wajib menaja orang lain.Setelah itu,anda buat suatu tempat yang amat sesuai untuk mengumpulkan kesemua downline anda itu dan anda beri penjelasan lebih lanjut tentang kebaikkankebaikan produk yang anda jual.Ramai beliau-beliau menderita penyakit yang berlainan seperti kencing manis,darah tinggi,kanser,sakit jantung dan banyak lagi dan anda harus tahu juga mereka amat perlukan bantuan serta pertolongan anda itu jadi itulah peluang anda untuk menujukkan keikhlasan anda dan untuk mereka ambil lebih tahu tentang  produk.Tapi satu perkara yang pasti anda utamakan dahulu ialah bantu dan menolong orang lain paling penting barulah anda akan nampak secara pelahan-lahan kejayaan itu anda akan dapat memilikinya.Jangan anda sekali-kali terfikir bahawa bilalah saya akan menjadi kaya raya? 
Kenapa saya boleh mencapai kegagalan? 
Satu persoalaan ; Bila saja anda hendak mengores batang mancis tapi tidak pula mengena pada bahagiannya adakah batang mancis itu akan mengeluarkan api?Tentulah jawapan anda mustahil…Jadi jawapannya juga sama seperti dalam perniagaan ini.Kemungkinan anda juga ada terfikir bahawa adakah saya telah betul-betul menjalankan tugas saya?cuba anda kaji diri anda sendiri?adakah sikap anda seperti malas?adakah saya telah menggunakan sepenuh masa saya untuk menjalankannya?adakah saya telah melakukan kerja yang lebih keras?Cuba anda fikir sejenak adakah anda mempunyai sikap-sikap seperti ini tidak kenal penat,tidak berasa malu,bosan serta tidak kenal putus asa?Sekiranya jawapan anda ialah YA….?mulai saat ini,anda mesti lakukan yang terbaik,kemungkinan hari ini adalah hari malang buat diri anda sendiri.Ingat….jangan anda hanya tahu menunggu saja sebab kejayaan itu tidak akan datang bergolek,tiada kejayaan tanpa usaha anda,duit tiada jatuh dari langit.Kalau boleh anda lakukan dari sekarang.
 Jangan sekali-kali cuai meninggalkan downline anda sendiri? 
Ibarat seperti rumah yang hampir siap tapi kalau ditinggalkan begitu akan kelihatan usang serta lusuh dan akhirnya akan roboh dengan sendirinya.Seperti juga downline anda,anda haruslah menjaga mereka seperti memberi semangat,membantu dan membimbing mereka,serta cuba ambil berat seperti bertanya   mereka sama ada mereka ada mempunyai masalahkah dan perlukah minta bantuan dari anda.Dan yang     paling penting juga anda harus mengadakan ceramah motivasi untuk mereka dan mengatur jadual        perjumpaan 2 kali seminggu.
Pepatah:Ingat lama-lama menjadi bukit
 Tiada orang yang berniaga hari ini tapi hari esok barulah menjadi seorang jutawan.Seseorang itu mestilah mempunyai sikap yang bekerja keras,menaja dan sharing.Sehebat mana pun syarikat jualan langsung atau menjual produk yang anda mengikutinya pasti anda akan gagal jua dan jangan anda menaruh harapan yang tinggi sekiranya anda mempunyai sikap malas.Sekiranya anda nampak kejayaan hanya sedikit saja itu adalah baru permulaan buat diri anda dan ia masih memerlukan yang lebih kerja keras anda untuk mengukuhkan dan seterusnya menjadi kejayaan yang lebih besar serta berkali ganda anda akan perolehinya.

sumber :  http://mutanx.blogdrive.com/archive/

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...