11.6.10

Training of Trainer (ToT) My J Perak

Pada 6 haribulan Jun 2010, mulai jam 11.00 pagi, bertempat di MBC Kuala Kangsar telah diadakan program Training of Trainer (ToT) buat para leader My J Perak. Program ini adalah di bawah kendalian mentor My J Perak iaitu CDM ID Azalan dan pasangannya CDM Sharifah Haslina (Kak Long). Tujuan program ini diadakan bagi melahirkan para pemimpin yang berketrampilan serta dapat berdikari bagi menjalankan apa sahaja program yang melibatkan My J Projek.



CDM Yop memulakan program ToT dengan memberikan taklimat serta penerangan tentang matlamat dan bagaimana program ini dapat mencapai objektifnya.

Bakal CDM Li memulakan sesi menyampaikan layout projek dengan semua audien akan memberikan komen yang membina.

Bakal CDM Ustaz Halim turut mengambil bahagian.

Bakal CDM Din dengan secara bersahaja menyampaikan sesi layout projek.

Bakal CDM Lazif menunggu giliran untuk tampil kehadapan.
Para leader My J Perak yang lain turut tidak sabar untuk mengetengahkan bakat masing-masing.

Seperti biasa Bakal CDM Syma bersungguh-sungguh menjalankan tugasan yang diamanahkan kepadanya.

DDM Zuriny tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat kepimpinan yang ada padanya.

CDM Kak Long memberikan komen yang membina serta memberikan tunjuk ajar bagaimana menyampaikan sesi layout projek yang berkesan.

CDM Yop membantu bahagian teknikal mengendalikan program pada hari itu.

Bakal CDM Kak Siti paling menyerlah pada hari itu kerana telah menunjukkan bakatnya menyampaikan sesi closing yang bernas dan padat.

 Pada hari yang sama rupa-rupanya adalah hari lahir CDM Kak Long. Atas inisiatif Bakal CDM Syma dan Kak Siti telah membelikan kek dan hadiah sempena hari lahir CDM Kak Long.

"SELAMAT HARI JADI KAK LONG"

CDM Kak Long dan CDM Yop serta bakal CDM Hakim bersama para leader My J Perak menyanyikan lagu 'Selamat Hari Lahir'.

Acara memotong kek.

Kebetulan pula anak Bakal CDM Ustaz Halim dan Cikgu Maznah, Nur Syahadah lahir pada tarikh yang sama dengan CDM Kak Long.

CDM Kak Long menyuapkan kek kepada Nur Syahadah.

Bakal CDM Wan Nor menyuapkan kek hari jadi buat ibunya yang tersayang.

 Bakal CDM Wan Nor turut membantu menjayakan program pada hari itu.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...