Iklan Nuff

19.7.10

Dengki-mendengki, Sindir-menyindir

DIRIWAYATKAN daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu saling membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. (Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir-menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila kedua-duanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara kedua-duanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. (Bukhari & Muslim)

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...