25.9.10

ISLAM MENGGALAKKAN UMATNYA BERNIAGA




Jika dilihat dari sudut pekerjaan yang dilakukan adalah bidang perniagaan.
Tidak kira jenis perniagaan yang diceburi, sama ada besar atau kecil ia merupakan salah satu sumber pendapatan.
Tidak dinafikan melalui perniagaan seseorang mampu mengubah kehidupan mereka. Jatuh bangun dalam berniaga adalah adat orang perniagaan. Begitu juga dalam Islam, sememangnya umat Islam digalakkan mencari rezeki melalui cara berniaga. Malahan telah dinyatakan dalam Hadis bahawa sembilan daripada sepuluh sumber rezeki melalui perniagaan.

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat )( Surah al-Jumaat, ayat 10).
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang sesorang mencari sebanyak mana pun dari nikmat Allah s. w. t khususnya dalam perniagaan tetapi seharusnya tidak mengabaikan suruhan-Nya.
Setiap manusia yang dilahirkan telah ditentukan rezeki masing-masing. Jadi, melalui rezeki itulah pula kita sebagai manusia berusaha untuk mendapatkan rezeki. Telah diterangkan dalam hadis bahawa terdapat sepuluh sumber rezeki yang Allah turunkan, sembilan dapadanya ialah dari berniaga. Manakala satu bahagian yang selebihnya dari sumber yang lain. Sebab itulah kita digalakkan berniaga.
Perniagaan cara Islam amat menitikberatkan halal dan haram. Disamping itu, dalam Islam, perniagaan dihalalkan dan amalan riba pula diharamkan pelaksanaannya.
Bagaimanapun, menjalankan perniagaan sama ada berbentuk Islamik atau corak perlaksanaan adalah sama sahaja. Apa yang berbeza hanyalah dari segi etika yang diamalkan dalam perniagaan tersebut.
Dalam menjalan dan melaksanakan perniagaan, seseorang seharusnya menjaga etika dalam perniagaan. Mengelakkan amalan riba dalam perniagaan dan pentingnya dalam berniaga untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah. Seharusnya kita sebagai umat Islam memikirkan untuk mencari keberkatan dalam kehidupan. Setiap orang diberikan rezeki, bukannya diberikan harta. Jadi, jika harta bertimbun tapi tidak mendapat keberkatan dari Allah s. w. t tidak guna juga.
Dalam perniagaan kita tdak melihat pada wang dan keuntungan sahaja, sebaliknya terdapat nilai yang berdiri disebalik perniagaan tersebut yang harus kita jaga.
Persaingan dalam perniagaan pula dianggap ia satu perniagaan pula dianggap ia satu kebaikan. Kita melihat persaingan tersebut dari aspek yang sihat. Persaingan itu menjadikan kita terus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dan meningkatkan prestasi kita. Tetapi jangan pula memandang persaingan dari sudut yang negatif. Tengok orang maju, kita sibuk berdengki, kita kalut cari bomoh, bagi perniagaan orang tu tak maju, tak nampak. Tu yang tak betulnya dalam berniaga. Buat apa kita nak berdengki, rezeki itu Allah s. w. t dah tetapkan untuk setiap orang.
Dalam perniagaan, seseorang itu mudah mendapat rezeki dan banyak jalan yang diberikan untuk mendapatkan rezeki melalui ini. Namun begitu, Allah s. w. t pada setiap jalan yang diberikan sebaliknya Dia memberikan banyak cabaran yang harus ditempuhi oleh para perniagaan.
Salah satu cabaran yang diturunkan adalah risiko untung rugi. Ia akan melihat sejauh mana kita menerima setiap ujian-Nya, sama ada dari sudut positif atau negatif.
Ada yang silap faham dalam konteks mencari kekayaan. Tidak salah mencari kekayaan asalkan kekayaan yang diperolehi itu tidak melekat di hati, tidak masuk dalam hati sehingga menyukarkan kita untuk membuat kebaikan.
Rasulullah juga mengallakkan kita sebagai umat Islam mencari kekayaan, salah satunya melalui perniagaan, tapi janganlah sampai ia menghalang seseorang itu semakin payah untuk buat amal kebajikan sehingga lupa mengeluarkan zakat, harta yang diperolehi juga mendapat keberkatan.
Jelaslah Islam sesungguhnya amat menggalakkan umatnya menceburi bidang perniagaan. Selagi ia tidak dimanipulasikan sebagai medan peperangan untuk menjatuhkan orang lain, perniagaan adalah salah satu cabang mencari rezeki yang dipermudahkan jalannya.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...