20.9.10

Sikap yang menyebabkan usahawan MLM tidak berjaya

MLM ialah bidang bisnes yang perlu dijalankan dengan tekun dan betul. Ia bukanlah bisnes yang boleh dibuat ala kadar sahaja. Inilah kesilapan yang sering melanda usahawan MLM. Mereka tidak bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. Bagi mereka bisnes MLM ini hanya perlu buat kalau ada masa, kalau tak ada tak payah buat. Sikap begini memang menyedihkan sekali. Kalau ingin berjaya kita mesti menjalankan MLM seperti juga kita menjalankan bisnes yang mempunyai pelaburan yang besar. Kita mesti beranggapan bahawa kita sedang memacu sebuah syarikat yang besar dan sedang membuat keuntungan yang besar.

Satu lagi sikap yang sering diamalkan oleh usahawan MLM ini ialah sikap yang bergantung dengan upline. Mereka hanya akan menjalankan bisnes kalau upline menemani mereka menjalankan bisnes mereka. Tanpa upline mereka lebih rela untuk tidak berbuat apa-apa. Sikap begini menunjukkan bahawa mereka tidak merasakan bahawa bisnes yang dijalankan adalah bukan bisnes sendiri. Sepatutnya kalau ingin berjaya kita mesti menganggap bisnes MLM ini sebagai bisnes kita sendiri (dan sememangnya bisnes sendiri pun). Oleh itu adalah tanggungjawab kita sendiri sebenarnya untuk memastikan naik turunnya bisnes kita. Upline ialah pembimbing. Kita boleh minta nasihat daripada mereka atau minta tunjuk ajar cara membuat perkongsian di peringkat awal. Seterusnya kita mesti melakukannya sendiri.

Sikap memang amat penting dalam memastikan kejayaan kita dalam industri MLM. Ada leader MLM yang berpendapat sikap merupakan 99% pentingnya kalau kita ingin berjaya dalam MLM ini.

sumber :http://alihanafiah.wordpress.com/

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...