16.1.11

Sejarah Nombor 700 Dalam MyJ


Salam Perjuangan
Sahabat 2 semua tentunya tertanya-tanya dari mana datangnya no 700 yang menjadi nombor rasmi kebanggaan kita semua warga pejuang myj. Sejarahnya bermula apabila kita membuat keputusan untuk menukar nombor plat kereta dari 8581 ke satu nombor lain. Semasa itu saya dan cdm haji sedang dalam perjalanan hendak ke program MBS di hotel Katerina Batu Pahat. Saya mempunyai perbezaan pendapat dengan CDM Haji dimana saya memilih no 800 dan cdm hj memilih no 700. 

Kami mengambil keputusan untuk mengundi dengan mengira berapa banyak no 700 dan 800 pada kenderaan yang kami lihat sepanjang perjalanan tersebut. Namun setibanya kami di Hotel Katerina undiannya sama banyak. Maka kami pun menghentikan pengundian tersebut kerana perlu menghadiri seminar tersebut. Pada ketika itu kita tempah 3 bilik berasingan dengan 3 MBS dilakuan serentak dengan 3 kumpulan pemimpin.

Pada program tersebut kami megambil keputusan untuk pulang awal tanpa menunggu program tersebut habis. Sebaik sahaja melangkah masuk kedalam kereta, kami mulakan kembali perbincangan tentang nombor tadi. CDM Hj mencadangkan kepada saya agar kami mengambil kaedah sebagaimana batu hajar aswad diletakkan dengan menetapkan siapa orang myj yang akan kami temui sebelum bergerak keluar dari perkarangan hotel tersebut maka orang itu yang akan menentukan sama 800 atau 700 yang akan menjadi pilihan untuk menjadi no rasmi MyJ.

CDM Hj pada ketika itu pun mula mengundurkan kereta tapi tidak nampak seorang pun ahli MyJ kerana mereka sedang berseminar maka kami pun mula bergerak, tiba-tiba bila sampai sahaja di depan pagar hotel muncul seorang pejuang MyJ dari arah kiri kenderaan. Kami memberhentikan kenderaan dan terus bertanya kepadanya 700 atau 800? kami katakan kepadanya jangan tanya apa-apa cuma jawab kalau diberikan dua nombor tersebut yang mana yang dia pilih. Maka jawapan sahabat kita ini adalah 700 dan apabila ditanya kenapa? dia menjawab 700 ada dalam Al-Quran.

Tanpa membuang masa saya terus meminta DSM A Rahman dari Muar ini untuk membuat pengistiharan bahawa mulai dari tarikh tersebut nombor rasmi MyJ bertukar kepada 700. Itulah sejarah permulaan penggunaan nombor 700 dalam kumpulan kita. Sebagai Ahli MyJ dan Pelajar MEC kami mahu MyJ benar berada dihati anda semua sebagai sebuah perjuangan yang tulen. InsyaAllah Selepas ini kita akan teruskan dengan bagaimana dari nombor 700 ini idea perjuangan itu berkembang sehingga timbulnya 700-Uhud. Apa yang pasti 700 itu sesuatu yang hebat seperti gambar dibawah ini.


HEBAT TAK? Inilah Model Mercedes Benz F700

Semoga MEC dapat melonjakkan pelajar dan semua ahli-ahli MyJ ke satu tahap yang amat membanggakan. Wassalam. - CDM Dato' 

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...