16.3.11

TUNTUT KEJAYAAN ANDA!!!

Jika kita mahu menjadi usahawan yang berjaya, boleh dikatakan 100% pilihan adalah di tangan kita.

Pilihan untuk membuat keputusan.
Pilihan untuk bekerja kuat ataupun malas.
Pilihan untuk merasa lemah ataupun terus cekal.
Pilihan untuk bertindak ataupun terus berduka lara…
Tuhan itu tidak zalim. DIA berikan kita peluang untuk membuat pilihan.

Tangga perlu dinaiki setapak demi setapak. Jika hanya melihat dari bawah, kejayaan pasti tidak dapat diraih.
Nah, jika itu hakikatnya, mari kita memilih yang baik-baik untuk kita. Berhasil atau tidak, itu bukan urusan kita. Itu adalah urusan tuhan yang maha berkuasa!
Salah satu langkah untuk menjadi usahawan berjaya adalah dengan “menuntutnya”. Kata orang putih, “claim your success!” Tuntut Kejayaan Anda!. Kebiasaan yang kita lihat, manusia lantang menuntut hak-hak mereka seperti hak bersuara, hak sebagai pekerja, hak hidup harmoni, hak untuk memilih kerajaan dan sejuta satu hak. Namun ironinya, ada yang tidak bersungguh-sungguh menuntut hak kejayaan bagi diri mereka sendiri walaupun ia amat penting bagi mereka.
Baik, soalnya sekarang, bagaimana untuk menuntut hak kejayaan itu dan juga mengapa?

Mengapa perlu menuntut kejayaan?
Hal ini tidak perlu dihuraikan lagi kerana setiap orang ada alasan dan sebab tersendiri mengapa mereka mahu menjadi orang yang berjaya, berharta, kaya dan seumpamanya. Ada yang mahu melihat ahli keluarga mereka hidup bahagia dan tidak susah, ada yang tidak mahu hidup tertindas, ada yang mahu membantu orang-orang susah dan ada yang mahu membantu Agama terus terbela dan berkembang. Itu semua adalah tujuan dan matlamat masing-masing. Kita telah jelas mengenai hal itu…

Jadi, bagaimana cara untuk kita menuntut hak-hak kejayaan kita dan kepada siapa kita perlu menuntutnya?
Jawapannya mudah: Kita perlu tuntut kepada diri kita sendiri. 99.9% faktor kejayaan adalah terletak kepada diri kita sendiri. Sikap, tabiat (habits) dan emosi kita, akan menentukan segalanya.

Untuk menuntut kejayaan, maka kita perlu:

  • Bekerja lebih kuat secara bijak.
  • Bercakap sebagai seorang pakar dalam bidang itu. Contoh: Anda seorang pakar pemasar internet, maka tidak boleh menjadi seorang yang lemah. Terus menerus bercakap mengenai bidang anda dan lakukan usaha-usaha berkaitan dengan bersungguh-sungguh.
  • Tunjukkan bukti keberhasilan kerja anda. Jika anda pakar SEO, buktikan bahawa website anda sendiri mempunyai ‘ranking’ terbaik di enjin carian.
  • Belajar dan terus belajar berkaitan bidang yang diceburi agar lebih berpengetahuan.
  • Terus menerus membangunkan diri dengan belajar dan melatih diri.
  • ‘Walk the talk’. Apa sahaja yang diperkatakan perlulah disusuli dengan tindakan. Kata orang, “Cakap serupa bikin”.
  • Percaya sepenuhnya. Tiada apa yang mustahil di dunia ini, terutama yang telah pernah diraih oleh manusia, selagi ia di dalam lingkungan kemampuan manusia. Jika boleh percaya ada hantu (walaupun tidak ada), mengapa tidak boleh percaya yang kita akan berjaya?
  • Bertanggungjawab kepada diri sendiri. Jika kita malas dan lemah, kita perlu salahkan diri sendiri. Perlu sentiasa menilai (muhasabah) diri agar kekurangan dapat diperbaiki.
  • Bersama-sama dengan individu/kumpulan yang sama fikiran dengan kita.
  • Fokus sepenuhnya terhadap usaha yang dilakukan.
  • JELAS dengan matlamat dan tujuan berniaga. Anda berniaga sebab apa? Setiap kali rasa lemah, baca kembali matlamat murni anda itu dan kembalilah segera berusaha semula.
Kepada usahawan yang telah atau sedang kecundang, jatuh dan rebah dalam perniagaan, bangkitlah segera. Tuntut kembali kejayaan anda!

Setiap kali kita jatuh atau ‘dijatuhkan’ oleh orang lain, bisikkan kepada diri sendiri, “Aku berhak untuk berjaya“.



Sumber : My J Project

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...