29.6.11

Iqra: Mengupas, menilai sudut berbeza peristiwa Israk, Mikraj


2011/06/29

pix_gal0
Judul: Israk Mikraj
Penulis: Armansyah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Pengulas: Hasliza HassanHarga: RM16 (Semenanjung Malaysia), RM18 (Sabah dan Sarawak)
ADA menganggap kisah Israk dan Mikraj hanyalah khayalan dan mimpi Nabi Muhammad. Ada yang menganggap itu hanyalah cerita rekaan penulis hadis. Memang benar, pada waktu itu peristiwa Israk dan Mikraj adalah kisah yang mustahil berlaku.

Israk dan Mikraj bermula dengan keberangkatan Nabi menuju Masjidil Aqsa dari Masjidilharam yang sepatutnya memakan masa 15 hari berkuda tetapi dilakukan dalam sehari. Ia ibarat cerita dongeng Aladdin dengan tikar terbangnya.

Berbeza dengan zaman moden, perjalanan dari satu tempat ke satu tempat dalam masa singkat bukan lagi sesuatu yang mustahil menggunakan kapal terbang. Bagaimanapun, cukup pelik pada zaman moden ini masih ada lagi yang meragui peristiwa bersejarah itu.

Peradaban sentiasa menawarkan ruang dialog bagi mengelak konflik yang wujud daripada konsep perbezaan dan persepsi. Dialog bertujuan menjadi jambatan merapatkan perbezaan kerana adanya wahyu baru Ilahi untuk hamba yang ingin belajar. 
Sebagai makhluk yang lemah dan terbatas membuatkan kita menerima dengan ikhlas peringkat wahyu baru yang diturunkan dalam bentuk pembelajaran mahupun hikmah. 

Sememangnya konsep kenabian dan kerasulan dalam perkara syariat berbentuk interaksi dan komunikasi antara makhluk dengan Pencipta sudah berakhir pada zaman kenabian Muhammad. Tetapi konsep wahyu berkaitan ilmu Tuhan masih terus berjalan seiring dengan waktu.

Buku Israk dan Mikraj karya Armansyah membincangkan peristiwa itu melalui hadis sahih yang disemak dan dikeluarkan oleh Syeikh Nasiruddin al-Albani. Pada masa sama, buku ini cuba membina semula sejarah Israk dan Mikraj dari sudut pandang berbeza daripada pernah ditemui sebelum ini.

Tinjauan saintifik Israk dan Mikraj bermula dengan tradisi solat diikuti memahami kaedah solat yang mengemukakan hadis serta nas menunjukkan kelebihan dan makna solat yang menjadi bukti komitmen kehambaan kepada Allah.

Bab tiga yang membangkitkan soal adakah Israk dan Mikraj sebuah mimpi, ulama berbeza pendapat. Ada menganggap peristiwa itu hanya berlaku dalam mimpi dan ia adalah benar sementara ada dalil membolehkan kita membuat kesimpulan Nabi Muhammad diperlihatkan semua yang dilalui sepanjang perjalanan itu dalam keadaan sedar secara fizikal.

Mendalami lebih lanjut perbahasan mengenai peristiwa Israk dan Mikraj yang menjadi kisah menarik dibincangkan, buku Israk dan Mikraj membawa pembaca memahami penafsiran yang berbeza mengikut sudut pandang berdasarkan dalil serta nas.


sumber: Berita Harian

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...