7.7.11

Elak berhutang buat modal bisnes


MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bakal peniaga supaya menyediakan modal pelaburan lebih besar daripada jangkaan asal dan tidak terlalu bergantung kepada pinjaman bank selain harus bermula dari bawah serta tidak terlalu mengejar keuntungan berlipat ganda dalam masa singkat.
“Sekiranya ada orang mengatakan anda memerlukan modal RM1 juta, anda patut menyediakan sekitar RM3 juta. Selain itu, janganlah terlalu bergantung dengan pinjaman bank untuk digunakan sebagai modal perniagaan.

“Jangan lupa, sekiranya peminjam gagal menjelaskan hutang, pihak bank boleh membawa perkara itu ke mahkamah dan menyebabkan peminjam muflis, sekali gus menjejaskan reputasi dan kredibiliti peniaga kerana saya sendiri sangat takut untuk berhutang dan tak boleh tidur malam jika meminjam wang daripada orang lain,” katanya pada Kongres Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia di Shah Alam, semalam.

Beliau dijemput sebagai penceramah pada kongres itu yang dirasmikan Pengerusi SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau masih belum menerima sebarang pulangan hasil pelaburan yang dilakukan untuk membuka kedai kek dan roti The Loaf.

“The Loaf kini mempunyai empat cawangan di Lembah Klang dan satu di Langkawi. Saya sudah menambah modal perniagaan, tetapi tidak meminjam sesen pun daripada bank,” katanya.

sumber: myMetro

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...