Iklan Nuff

1.7.11

Fida Cipta Rekod Jelajah Semenanjung 72 Jam


Rafidah akan menjelajah Semenanjung Malaysia selama 72 jam tanpa henti. - Foto YAP CHEE HONG
PETALING JAYA: Pelakon Rafidah Ibrahim (Fida) akan menganjurkan program jelajah Semenanjung Malaysia selama 72 jam tanpa henti pada minggu kedua bulan Ogos depan.
Program yang dinamakan ‘Rifters Jelajah Amal Tanpa Henti’ itu merupakan idea Fida dan rakan kelab peminatnya, Rifters untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records.
“Saya dan peminat akan berkunjung ke kampung-kampung untuk menghantar makanan sempena bulan Ramadan nanti.
“Setakat ini, kawan-kawan saya dari Rifters telah meninjau beberapa lokasi untuk dikunjungi,” katanya yang turut sibuk mempromosikan filem Man Sewel Datang KL.
Selain itu, Fida juga baru sahaja selesai berlakon drama Kasih Alia untuk slot Akasia di TV3.
“Drama Kasih Alia akan disiarkan di TV3 selepas selesai drama Dewa Cinta yang sedang disiarkan sekarang.
“Selain berlakon, saya turut menyanyikan lagu tema drama itu berjudul Teriakan Kalbu,” ujarnya lagi.
Juara Bintang Pantene ini juga tidak sabar dan teruja untuk menyertai program 'Artis Pencinta Alam' di Hutan Belum, Pulau Banding, Grik pada 8 hingga 10 Julai ini.
“Saya mula suka masuk hutan sejak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2004.
“Apabila berpeluang, saya mahu menyertai aktiviti berkaitan alam semula jadi untuk menyegarkan mata, hati dan minda seolah-olah pergi ke spa,” katanya yang pertama kali ke Pulau Banding.
Bagi pendapat Fida, program tersebut mampu pergi jauh sekiranya seseorang artis itu benar-benar mencintai alam dan seronok melakukan aktiviti tersebut.

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...