12.7.11

Kelainan generasi ketiga BMW 6 Series

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB (iwan@thestar.com.my)


BMW 6 Series Convertible menjanjikan pengalaman baru dalam pemanduan bernilai kepada pemiliknya yang mementingkan kelainan.



DARI generasi pertama bermula pada tahun 1976 sehingga generasi kedua pada 2003, BMW 6 Series tidak pernah mengecewakan penggemar kereta berprestasi tinggi.

Tidak dinafikan BMW 5 Series dan BMW 3 Series merupakan antara model kereta BMW yang sering mendapat sambutan di Malaysia.

Namun pengeluar kereta gergasi dari Jerman itu terus meluaskan pasarannya bagi BMW 6 Series menerusi penambahbaikan dari aspek kualiti dan gaya.
BMW 6 Series Convertible nampak bergaya dari sudut belakang.



Memahami kehendak pasaran seiring dengan peredaran masa, generasi ketiga BMW 6 Series diperkenalkan sebagai kenderaan berteknologi tinggi.

BMW 6 Series Convertible menjanjikan pengalaman baru dalam pemanduan bernilai kepada pemiliknya yang mementingkan kelainan.

Transformasi generasi itu paling jelas dapat dilihat menerusi kelebihan pada bumbung kereta yang boleh dilipat bagi mempamerkan sisi santai namun kekal eksklusif.

Sistem bumbung kereta BMW 6 Series mempunyai struktur yang kukuh sewaktu ia diaktifkan dalam pemanduan 40 kilometer sejam.

Walaupun model yang mempunyai dua pintu ini mempamerkan nilai sporty namun ruang dalamnya mempunyai empat tempat duduk jelas lebih luas.

Kemasan bersalut kulit bukan sahaja pada kerusi tempat duduk hadapan dan belakang bahkan di ruang papan pemuka menyerlahkan ciri mewah BMW.
Walaupun mempunyai dua pintu ini mempamerkan nilai ‘sporty’ namun ruang dalamnya mempunyai empat tempat duduk lebih luas.



Menerusi enjin 3.0 liter yang mampu menjana 320 kuasa kuda didatangkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan menjadikan daya pecutan dari statik hingga 100 kilometer (km) dalam 5.7 saat.

Enjin BMW 6 Series menggunakan teknologi Twin Power Turbo dengan transmisi sport automatik sekali gus keupayaan pemanduan berganda.

Model ini dilengkapi dengan ciri standard BMW EfficientDynamics yang menjadikan penggunaan bahan api hanya 7.9 liter pada setiap 100 kilometer.

Antara kecekapan yang dinamik apabila enjin dimatikan atau dihidupkan secara automatik apabila berhenti di lampu isyarat atau terperangkap dalam kesesakan lintas.

Pengaktifan kenderaan dengan Driving Dynamics Control turut menjadikan prestasi pemanduan lebih agresif dari pengendalian selesa, normal atau sukan.

Ia juga mempunyai sistem pemanduan BMW ConnectedDrive sebagai ciri tambahan bagi keselesaan dan keselamatan ketika memandu.

Antara fungsinya adalah bebas tangan ‘bluetooth’, aplikasi internet dan sambungan penuh USB termasuk ciri pandangan waktu malam bagi pemanduan lebih lancar dan imej di jalan raya lebih jelas dalam suasana gelap.
Stereng bersalut kulit memberi keselesaan dalam pemanduan.



Keberkesanan ciri tersebut terletak pada penetapan tindak balas enjin, kelancaran dalam pemanduan dan pilihan gear lebih cekap.

Kebergantungan masyarakat hari ini terhadap teknologi terutama keperluan di jalanan menyebabkan BMW memasarkan kereta yang memenuhi keperluan tersebut.

Kelebihan BMW 6 Series pastinya menjadi magnet kepada pengguna untuk setia dengan jenama BMW dan menjadikannya sebagai koleksi baru.

BMW 6 Series Convertible telah diperkenalkan sejak penghujung tahun lalu dan memasuki pasaran Malaysia bermula hari ini.

Harganya di atas jalan termasuk pakej penyelengaraan dan tanpa insurans bermula RM868,800 bakal memberi kepuasan dan imaginasi pemandu.

sumber: mStar

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...