25.7.11

Salamfone lancar jalur lebar 3G prabayar

Syarikat telekomunikasi pertama negara berasaskan syariah, Salamfone menawarkan perkhidmatan jalur lebar mudah alih kepada pengguna prabayar 3G dengan harga RM38 untuk data sebanyak 1GB.

SalamFone mensasarkan pengguna berusia di antara 19 hingga 55 tahun dan baru diperkenalkan di beberapa kawasan iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan terkini Lembah Klang.

Salamfone menggunakan pangkalan 010 6XXX XXX, pengguna boleh mendapatkan pek permulaan prabayar pada harga cuma RM8.50 dan mengenakan caj sebanyak 25 sen seminit untuk panggilan (1 sen akan di infaq), serta 10 sen untuk satu SMS.

Maklumat lanjut layari laman web Salamfone di www.salamfone.my.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...