25.9.11

Keselamatan rakyat Malaysia di Yaman terancam


Gerakan prodemokrasi di Yaman. Imej dari Google

Gerakan pro-demokrasi telah merebak pula ke Yaman. Terdapat pertempuran antara pihak gerakan prodemokrasi dengan pihak keselamatan kerajaan terutama di Sana'a dan Aden.
Kerajaan berhasrat membawa pulang sekitar 443 rakyat Malaysia di bandar Sanaa dan Eden di Yaman berikutan pergolakan politik di negara itu yang semakin bertambah buruk.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan sedang memantau keadaan di negara itu terutama di Sanaa dan Eden serta laporan terkini sudah dikemukakan kepada kerajaan untuk menentukan tindakan yang perlu diambil.

Mengikut laporan yang lain pula di kawasan Pro-kerajaan berkumpul, ada di kalangan pelajar Malaysia telah diancam dengan menghunus pisau apabila ditanya sokongannya terhadap anti-kerajaan atau pro-kerajaan.

Menurut laporan lagi, sumber gas juga sudah mula susah untuk didapati dan harga barang sudah mula naik dibeberapa kawasan penempatan pelajar Malaysia di Yaman ini.

Katanya, keadaan di Yaman semakin meruncing apabila Presiden Republik Yaman, Ali Abdullah Soleh tidak akan turun selagi mana tidak berlakunya pertumpahan darah dan kenyataan ini telah membangkitkan lagi semangat pihak anti-kerajaan untuk menyerang pihak kerajaan.

Perlu diingatkan bahawa Republik Yaman adalah negara bebas senjata dan mempunyai kekuatan kabilah-kabilah Arab yang tersendiri.

Ulama Yaman sendiri telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang terlibat dan mati ketika diserang oleh pihak polis atau tentera dikira sebagai syahid.


Kementerian nasihat rakyat Malaysia tangguh perjalanan ke Yaman
2011/09/25

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang melawat Yaman supaya menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan di negara itu pulih seperti biasa.

Semua rakyat Malaysia yang berada di negara itu juga dinasihatkan supaya segera mendaftarkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, ibu negara Yaman, sekiranya mereka belum berbuat demikian.
Dalam kenyataan di sini, kementerian itu menyatakan bahawa pihaknya menghubungi semua rakyat Malaysia yang berada di Yaman dan menasihatkan mereka supaya sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan dan mengikuti perkembangan keselamatan semasa berada di negara itu.
Kementerian sentiasa memantau perkembangan situasi semasa di Yaman dan meminta penuntut dan rakyat Malaysia yang bekerja atau melawat negara itu supaya kembali secara sukarela ke Malaysia selepas urusan mereka selesai.

Langkah itu dibuat berikutan situasi di Yaman pada masa ini khususnya di Sana'a dan Aden bertambah kritikal selepas pihak prodemokrasi bertempur dengan pihak keselamatan kerajaan, menurut kementerian itu. 

- BERNAMA

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...