1.10.11

Cara pembelian kereta yang bijak


Bagus juga tulisan penulis ruangan Bajet Bijak tentang tips membeli kereta secara bijak seperti di bawah.

Jarang kita mengambil kira secara detail beberapa faktor kewangan yang terlibat apabila membeli sesebuah kereta seperti pembayaran bulanan serta bayaran lain yang kita terlepas pandang yang melibatkan kos yang lebih selain kos bayaran bulanan.

Pengiraan yang ditunjukkan perlu dilakukan sebelum membeli kereta idaman kita samada kosnya tidak mengganggu komitmen lain yang kita terpaksa tanggung.

Bijak membeli mengurangkan bebanan masa depan.


Bajet Bijak: Kereta bukan aset
Oleh Alzahrin Alias
zahrin@bharian.com.my
2011/10/01

Nilai aspek selenggara, komitmen kewangan sebelum miliki kenderaan

ANDA masih lagi berkira-kira mahu membeli kereta? Apa kata sebelum membeli kereta, kita pelajari dulu beberapa tip dan panduan memiliki kenderaan.
Jika minggu lalu kita sudah mengetahui secara kasar mengenai pembelian kereta dan apa yang perlu ditanggung, minggu ini kita teruskan perbincangan mengenai pembelian kenderaan termasuk dari aspek komitmen kewangan dan penyelenggaraan.
Perkara yang selalu difikirkan setiap kali membeli kereta ialah berapakah kemampuan saya?

Kadar faedah untuk pinjaman kereta biasanya dikira berasaskan kadar sama rata. Mengikut Akta Sewa Beli 1967, kadar faedah maksimum yang dibenarkan ialah 10 peratus setahun.

Kiraan faedah adalah berdasarkan faedah atas jumlah pokok untuk sepanjang tempoh pinjaman sewa beli. Pengiraan boleh dilihat di dalam contoh berikut:

Harga kereta = RM50,000
Bayaran pendahuluan @ 10 peratus = RM5,000

Jumlah Pinjaman sewa beli = RM45,000

Kadar Faedah (Kadar sama rata) = 5 peratus setahun

Tempoh pinjaman = 5 tahun (60 bulan)

Pengiraan:

Jumlah faedah yang dikenakan
= Jumlah pinjaman x Kadar x Tahun
= RM45,000 x 5% x 5
= RM11,250

Jumlah pinjaman + Faedah
= RM45,000 + RM 11,250
= RM56,250

Jumlah ansuran bulanan
= RM56,250 / 60 bulan
= RM938

Ansuran bulanan yang perlu dibayar ialah RM938 sebulan. Untuk mengetahui sama ada anda mampu membayar ansuran berkenaan, gunakan formula berikut untuk memperoleh pendapatan bulanan minimum yang anda perlukan.

Pengiraan jumlah pendapatan minimum ini atas andaian bahawa anda tidak ada ansuran lain. Jika anda mempunyai pinjaman lain, pastikan jumlah ansuran semua pinjaman tidak melebihi 40 peratus daripada pendapatan kasar bulanan anda.

Pendapatan kasar bulanan
= Bayaran ansuran bulanan kereta / 40 peratus
= RM938 / 40 peratus
= RM2,345

Dengan pendapatan RM2,345 tanpa komitmen pinjaman yang lain, anda mampu membayar ansuran tersebut. Bagaimanapun, anda masih perlu mengambil kira perbelanjaan berkaitan yang ditunjukkan di bawah.

Kos tetap RM/Bulan Catatan
1. Bayaran ansuran (dibundarkan) 938 RM45,000 @ 5 peratus selama 5 tahun
2. Insuran 125 RM1500 setahun / 12 bulan
3. Cukai jalan 8 RM90 setahun / 12 bulan

Kos boleh ubah
1. Petrol 225 Andaian RM
0.15/km x 50KM/hari x 30 hari
2. Servis dan penyelenggaraan 100 Berdasarkan anggaran
3. Parkir / Tol dan lain-lain 100 Berdasarkan anggaran

Jumlah Kecil RM1,496

Kiraan di atas menunjukkan bahawa kos memiliki kereta tersebut adalah jauh melebihi bayaran ansuran bulanan yang berjumlah RM938 sebulan.

sumber: Berita Harian Online
imej : Google

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...