Iklan Nuff

29.11.11

Balasan neraka diterima orang bukan Islam adalah benar

Manusia nafi Allah tetap dimurkai

ADAKAH orang bukan Islam di akhirat nanti dimasukkan ke neraka, sedangkan yang beragama Islam di syurga? Orang bukan Islam sesetengahnya tidak melakukan kejahatan, menganiayai orang dan sifat peribadinya lebih baik berbanding sesetengah orang Islam.

Adakah Allah akan menjalankan hisab ke atas bukan Islam? Jika benar, bagaimanakah Allah menilai kebaikan mereka, apakah tidak dipedulikan?

Saya memerlukan jawapan kukuh untuk menegakkan Islam sebagai agama syumul supaya orang bukan Islam tidak memperlekehkan agama suci ini.

HAFIZ,
Johor





PERSOALAN di atas membabitkan kefahaman mengenai konsep ketuhanan, alam, manusia dan kehidupan menurut pandangan Islam.

Ia dipanggil ‘tasawwur Islam’ atau ‘Islamic worldview’. Jika faham dan menghayatinya, kita dapat menjawabnya dengan yakin kerana Islam membawa kebenaran. Kita wajar menerangkan kefahaman mengenai konsep itu kepada golongan bukan Islam.

Allah adalah Tuhan kepada segala makhluk termasuk orang Islam dan bukan Islam.
Manusia adalah makhluk Allah yang diciptakan sebaik-baik kejadian.

Ada unsur dalam diri manusia iaitu fizikal, akal dan roh. Manusia dijadikan bagi mengenal dan menyembah Allah. Alam adalah ciptaan Allah bagi memperlihatkan tanda kebesaran-Nya.

Kehidupan adalah anugerah Allah kepada makhluk-Nya dan kehidupan bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Dunia adalah medan menentukan manusia berjaya dalam ujian yang ditetapkan Allah.

Kejayaan mereka dilihat apabila mengenal dan menyembah Allah. Balasan baik untuk orang Islam adalah benar kerana Islam bermaksud penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Jika orang Islam mematuhi segala perintah Allah yang disampaikan nabi terutama Nabi Muhammad mereka akan mendapat balasan baik.

Setiap orang meyakini adanya Tuhan yang satu, kenabian Nabi Muhammad dan hari akhirat.

Balasan neraka diterima orang bukan Islam adalah benar.

Begitu juga kepada orang Islam yang derhaka. Manusia diberi Allah akal dalam mencari dan mengenal kebenaran dan mereka diberi kebebasan berbanding makhluk lain.

Jika orang bukan Islam melakukan kebaikan di dunia seperti tidak pernah menganiayai orang dan sifat peribadinya baik, jika dibandingkan sesetengah orang Islam yang hanya pada nama, itulah dianjurkan Islam dan agama lain.

Manusia makhluk bermoral namun, Islam melihat terdapat dua perhubungan utama, iaitu hubungan sesama manusia dan Allah Tuhan Pencipta alam dan manusia.

Manusia akan dinilai berdasarkan kedua-duanya. Manusia yang menafikan Tuhan pencipta alam akan dimurkai Allah.

sumber: myMetro Online

1 comment:

cikgupj said...

Salam...apa-apa pun nak dilakukan mesti ada hubungan dulu baru ada makna...contohnya nak simpan duit dalam bank mesti ada akaunnya dulu, lepas tu kalau nak keluarkan duit dengan kad ATM pulak mestilah ada kata laluannya...Kalau akaun tak ada memang tak boleh simpan...Orang kafir tu ibarat orang yang tidak ada akaun bank Islam...wallauaqlam.

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...