22.11.11

Kerajaan belum memutuskan sama ada membatalkan atau tidak cukai enam peratus terhadap pengguna talian pra-bayar

Cukai 6 peratus prabayar telco belum muktamad
Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 22, 2011




KUALA LUMPUR - Kerajaan belum memutuskan sama ada membatalkan atau tidak cukai enam peratus terhadap pengguna talian pra-bayar seperti yang diumumkan Syarikat telekomunikasi (telco) sebelum ini.

Menyatakan demikian di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Joseph Salang berkata, cukai tersebut merupakan salah satu daripada cukai pendapatan utama negara. "Keputusan yang akan dibuat juga mungkin bergantung kepada syarikat Telco sendiri,” katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengenai status penangguhan caj tersebut seperti yang diumumkan KPKK baru-baru ini. 

- Bernama

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...