Iklan Nuff

27.12.11

Drive M7

Drive M7 tembusi pasaran tempatan
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my





AHMAD menjelaskan minuman Drive M7 dirumus untuk memberi tenaga dan mempertingkatkan stamina.



MUTIARA Motors Sdn. Bhd. (Mutiara Motors) membawa anjakan baharu dalam segmen perniagaannya apabila melancarkan produk minuman tenaga terkenal, Drive M7 yang berasal dari negara matahari terbit, Jepun.

Drive M7 merupakan antara produk yang dihasilkan sepenuhnya oleh M7 Co. Ltd (Japan).

Jenama M7 sebenarnya cukup sinonim dalam industri automotif dunia yang berskala besar. Selain Drive M7, M7 meliputi produk berprestasi tinggi seperti minyak pelincir, produk elektronik, sistem turbo dan sistem ekzos.

Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Mahathir Ahmad ketika ditemui berkata, pihaknya yakin bahawa produk baharu itu akan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat Malaysia.

“Sebenarnya minuman ini mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 2006. Selepas kita melihat penglibatan aktif dan kekuatan jenama ini di pasaran global, di situ tercetus idea untuk membawanya ke Malaysia.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkaitan, akhirnya kita berjaya memperoleh hak pengedaran daripada syarikat pengeluarnya iaitu M7,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Minuman Drive M7 di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif Mutiara Motors, Datuk Ahmad Kemin, Pengarah Urusannya, Mokhtar Ahmad dan duta produk berkenaan, pelakon Aaron Aziz.

Dalam pada itu, memetik kenyataan Ahmad, Mutiara Motors telah melabur kira-kira RM1 juta bagi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan, pembungkusan, promosi dan pemasaran Drive M7.

Tingkat stamina

Mengulas lanjut mengenai Drive M7, Mahathir berkata, produk ini sangat kukuh dan begitu terkenal di Amerika Syarikat (AS) selain di Jepun.

Kata Mahathir, minuman ini sangat berbeza dengan jenama minuman bertenaga yang terdapat di pasaran sekarang.

“Drive M7 dirumus untuk memberi tenaga dan mempertingkatkan stamina untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti lasak.

“Namun, yang paling signifikan ia merupakan minuman yang tidak bergas dan rendah kandungan gula. Saya sifatkan minuman ini sebagai seronok untuk diminum,” jelasnya.




MAHATHIR (dua dari kiri) meluahkan keyakinan bahawa minuman tenaga baharu dari Jepun, Drive M7 ini mampu meraih perhatian luar biasa di pasaran tempatan seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan negara Eropah yang lain.


Antara intipati Drive M7 ini ialah taurine, inosito dan pelbagai jenis vitamin yang mampu mengawal kesihatan tubuh dengan baik.

Mahathir berkata, minuman ini tidak terhad kepada mereka yang lasak dan cergas sahaja. Malah, ia berupaya mengatasi keletihan selepas seseorang melakukan pemanduan jarak jauh.

Drive M7 baru-baru ini juga bertindak sebagai minuman rasmi bagi Achilles Radial: Asian Drift Series yang berlangsung di ibu negara.

Drive M7 juga menjadi minuman rasmi kepada filem terbaharu terbitan Skop Productions iaitu KL Gangster 2 yang dilakonkan oleh dutanya, Aaron.

Sasaran

Bercakap mengenai pengeluaran, Mahathir memberitahu, untuk fasa pertama, Mutiara Motors akan memasarkan sebanyak 200,000 tin yang dikeluarkan di kilangnya di Melaka. Angka itu akan ditingkatkan kepada 500,000 tin.

Pada tahun hadapan, syarikat menyasarkan untuk mengeluarkan 1 juta tin pula dan untuk setin Drive M7 yang berukuran 250 mililiter (ml), ia dijual pada harga RM4.

Mahathir cukup optimis bahawa minuman bertenaga yang dibawanya mampu menakluk pasaran tempatan.

Katanya, sebagai permulaan, pengguna boleh mendapatkan Drive M7 melalui pengedar-pengedar sah yang dilantik termasuk di beberapa hentian rawat dan rehat (R&R) dan di stesen-stesen minyak terpilih.

Namun, dalam masa terdekat ini, syarikat berkenaan akan meluaskan pasaran mereka dengan memasuki gedung-gedung terkemuka dan beberapa jenama kedai serbaneka di seluruh negara.

Mengulas mengenai pemilihan Aaron sebagai duta, Mahathir percaya, populariti, personaliti serta disiplin yang ditonjolkan oleh aktor itu mampu mengetengahkan Drive M7.

Kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi pengedar kepada minuman tenaga baharu ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi Roy Azren di talian 012-7859 007/07-331 9099 atau e-mel royazren@mutiaramotors.com.

sumber : Kosmo! Online

1 comment:

zahra said...

Perempuan pun bole minum ke?

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...