29.3.12

Galakkan guna kenderaan elektrik



Kerajaan sasar 15 peratus penggunaan kenderaan elektrik
2012/03/29


MALAYSIA berhasrat mencapai antara 10 hingga 15 peratus kadar penggunaan kenderaan elektrik (EV) menjelang 2020, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Bagi tujuan itu, beliau berkata, kerajaan dengan kerjasama PROTON Holdings Bhd (PROTON Holdings) kini sedang giat melaksanakan Program Kumpulan Kenderaan Ujian (FTV) bagi mengenal pasti pembangunan dan pengujian teknologi, selain mempromosikan EV dan membangunkan keseluruhan rangkaian infrastruktur berkaitan.
Katanya, di bawah inisiatif itu, sejumlah 120 unit EV akan berada di jalan raya di Putrajaya dan Cyberjaya menjelang akhir tahun ini.

Jika keputusan menunjukkan sambutan EV di negara ini positif, kita akan meningkatkan jumlah pelaburan bagi membangunkan infrastrukturnya, termasuk menyediakan stesen mengecas. -Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air“Hasil pelaksanaan dan data yang dikumpul dalam Program FTV itu akan dijadikan panduan bagi membangunkan Pelan Induk Kenderaan Elektrik Malaysia.

“Jika keputusan menunjukkan sambutan EV di negara ini positif, kita akan meningkatkan jumlah pelaburan bagi membangunkan infrastrukturnya, termasuk menyediakan stesen mengecas,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) 2011 di Putrajaya semalam.

Chin berkata, sembilan unit EV, iaitu tiga daripada model Proton Saga elektrik dan enam model Kenderaan Elektrik Exora (REEV) telah diuji di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya sejak tahun lalu.

“Setakat ini, tujuh stesen pengecas telah dibangunkan,” katanya.
Program FTV adalah usaha sama antara Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan PROTON Holdings.

Ia membabitkan satu kajian daya maju untuk menguji kenderaan prototaip REEV dan Proton Saga elektrik.

Program itu bertujuan memperoleh data teknikal dan tingkah laku pengguna bagi pengesahan reka bentuk, pembangunan kenderaan dan persekitaran infrastruktur.

Selain PROTON Holdings, Chin berkata, Nissan dan Mitsubishi turut menyediakan 10 unit kenderaan EV untuk dijadikan projek perintis di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Katanya, projek yang membabitkan dua gergasi automotif asing itu dijangka bermula pada Jun ini.

“Diharapkan pelaksanaan projek perintis di kawasan yang sesak seperti Bukit Bintang dapat memberi maklumat yang diperlukan kementerian untuk membangunkan Pelan Induk Kenderaan Elektrik dan menggalakkan penggunaan EV di Malaysia," katanya. - BERNAMA

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...