2.4.12

Tawaran hebat MBSB

MBSB tawar pinjaman rumah 100 peratus



Ahmad Zaini Othman (kiri) dan Timbalan Presiden Kanan Bahagian Perniagaan MBSB, Azman Aziz menghadiri majlis pelancaran Skim Pembelian Rumah Pertamaku oleh MBSB di Bandar Utama, Kuala Lumpur, semalam.



PETALING JAYA 30 Mac - Pembeli rumah kini mempunyai pilihan pinjaman perumahan yang lebih menarik menerusi Skim Pembelian Rumah Pertamaku yang dilancarkan Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Ahmad Zaini Othman berkata, menerusi skim itu pembeli rumah pertama layak membuat pinjaman sehingga RM500,000 dengan 100 peratus margin pembiayaan tanpa perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan.

Lebih menarik katanya, MBSB juga tidak menetapkan gaji kelayakan untuk pinjaman itu sebaliknya menilai peminjam dari sudut kemampuan membeli rumah dengan standard penilaian dalaman serta mengikut panduan daripada Bank Negara Malaysia.

“Skim ini ditawarkan kepada mereka yang berusia bawah 35 tahun dan kita menyasarkan sebanyak RM500 juta dapat disalurkan melalui skim ini kepada peminjam sehingga hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan skim tersebut.

Menurut Ahmad Zaini, skim pinjaman itu diperkenalkan bagi menyokong inisiatif kerajaan membantu rakyat terutama generasi muda memiliki rumah.

Katanya, jika skim yang disasarkan kepada pembeli rumah kali pertama ini mendapat sambutan yang baik, MBSB menetapkan sasaran untuk menambah jumlah pinjaman itu kepada RM1 bilion.

“Kami berharap ini dalam melegakan kumpulan sasaran yang kebanyakannya pendatang baharu dalam tenaga kerja dan berhadapan dengan cabaran kos sara hidup dan harga harta yang semakin meningkat di negara ini.

“Skim ini tentunya untuk menyokong seruan kerajaan dan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan generasi muda di Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, MBSB juga sedang melihat kemungkinan untuk bekerjasama dengan pemaju dalam program prakelulusan yang mana mereka dapat memberikan kelulusan dan surat tawaran semasa projek perumahan dilancarkan.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...