29.5.12

Facebook hasilkan telefon pintar sendiri

Telefon Pintar Facebook?




Source AFP

NEW YORK, (AFP) – Facebook, rangkaian social gergasi yang baru memasuki pasaran awam dan ingin meningkatkan pendapatannya, kini berhasrat untuk menghasilkan telefon pintarnya sendiri pada tahun depan, menurut laporan dari New York Times.

Syarikat ini telah merekrut lebih separuh daripada satu dozen jurutera perisian dan perkakasan yang pernah mengusahakan telefon pintar Apple yang terlaris, iPhone dan seorang jurutera yang memiliki pengalaman mengusahakan iPad, kata surat khabar tersebut yang memetik kata-kata daripada para pekerja dan sumber-sumber lain yang tidak bernama.

Ia juga mempunyai satu kumpulan yang mengusahakan perkongsian dengan HTC Taiwan untuk mereka sebuah telefon pintar yang diberi kod ‘Buffy’ – projek yang telah didedahkan tahun lepas oleh blog teknologi ‘All Things Digital’.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...