Iklan Nuff

25.9.12

Huawei Ascend P1

 

Nipis tapi berkuasa
Oleh NOOR DIANA AZIS

PEMBEKAL penyelesaian teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) terkemuka, Huawei baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar dwi-teras perdana, Huawei Ascend P1.

Model terbaru ini menggabungkan ciri-ciri pintar serta reka bentuk yang lebih eksklusif sekali gus mencerminkan kemuncak usaha bagi Huawei Device berada dalam saingan peranti yang menjadi sasaran pengguna ketika ini.

Selain itu, ia juga merupakan telefon pintar dwi-teras berkapasiti 1.5 giga herz yang pertama dilengkapi dengan Super AMOLED serta menggabungkan kepakaran teknologi reka bentuk yang lebih elegan.

Menurut Ketua Perniagaan Pengguna, Huawei Device Malaysia, Wong Wey Hwa, Ascend P1 ini dibangunkan dengan pemproses dwi-teras 1.5GHz TI OMAP 4460 Cortext-A9 serta binaan setebal 7.69 milimeter (mm) dan 64.8 mm panjang.

"Di samping itu, ia dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 4.3 inci Super AMOLED yang berukuran 960 x 540 mm dengan permukaan kaca Corning Gorilla, kamera hala belakang lapan mega piksel serta teknologi bunyi keliling Dolby Mobile," katanya.

Dengan semua kelebihan yang dimiliki, Ascend P1 dijamin mampu memberikan pengalaman teater rumah terbaik kepada pengguna selain menyediakan kepelbagaian fungsi.

Menerusi perkongsian rasmi bersama ECS di Malaysia, Ascend P1 berwarna hitam metalik dan putih seramik ini boleh didapati di kedai-kedai penjual ECS di sekitar Lembah Klang dengan harga pengenalan RM 999 (harga biasa: RM1,299).

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh lawati laman web Huawei Device diwww.huaweidevice.com/my.

sumber : Utusan

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...