22.12.12

Beg kalis peluru laku

Gambar hiasan dari Google.

Beg kalis peluru laris
2012/12/21 

Gara-gara kebimbangan berikutan serangan di sekolah Connecticut

Washington: Kebimbangan ibu bapa di Amerika Syarikat mengenai keselamatan anak mereka di sekolah ber-ikutan tragedi pembunuhan di Connecticut menyebabkan jualan aksesori beg kalis peluru meningkat.

Mereka ternyata menaruh harapan bahawa keselamatan anak mereka dapat diperbaiki dengan menggunakan aksesori itu.

Antara syarikat yang mendapat keuntungan ialah Amendment II, merujuk kepada hak penduduk Amerika memiliki senjata api seperti termaktub dalam Perlembagaan.


Malah, kos untuk memiliki aksesori beg kalis peluru itu boleh mencapai AS$300 (RM916) setiap satu.

Dijahit belakang beg

Bahan kalis peluru itu dijahit di bahagian belakang beg, jadi anda yakin ia tidak akan tertinggal di rumah dan anda serta anak anda tetap dilindungi setiap masa.

“Memang ini sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku tetapi jualan kami meningkat 10 kali ganda selepas tragedi melanda Newtown,” kata pengarah syarikat di Utah itu, Richard Craig.
Beliau enggan memberi angka sebenar jualan tetapi menambah bahawa syarikatnya juga menghasilkan bahan kalis peluru lebih murah yang boleh diselitkan dalam beg.

Amendment II adalah antara beberapa syarikat yang mengambil peluang daripada tragedi itu untuk menghasilkan aksesori keselamatan kepada pelajar sekolah.

Satu lagi syarikat ialah Bullet-Blocker yang menawarkan bahan keselamatan kalis yang boleh diselitkan dalam beg pada harga AS$150 hingga AS$200 (RM458 hingga RM611).

Sebesar buku

“Bahan kalis peluru itu ringan dan mudah digunakan serta sebesar buku,” kata Naib Presiden syarikat di New Hampshire itu, Elmar Uy.

Katanya, sejak Jumaat lalu, jualan aksesori itu meningkat 40 peratus dengan pembelian 40 bahan keselamatan berkenaan sehari.

Dalam keganasan di Connecticut itu, seorang penyerang berusia 20 tahun dikenali sebagai Adam Lanza menembak ibunya sebelum pergi ke sekolah rendah Sandy Hook dan menembak mati 20 pelajar berusia enam dan tujuh tahun selain enam dewasa lain termasuk pengetua sebelum membunuh diri. - AFP

sumber : BH Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...