14.12.12

Jualan Kembali Ke Sekolah



SESI baru persekolahan 2013 akan bermula kira-kira dua atau tiga minggu lagi. Kebanyakan ibu bapa kini sibuk membuat persiapan untuk membolehkan anak mereka memulakan persekolahan sesi baru ini dengan lebih selesa. Seperti lazimnya persiapan persekolahan memerlukan sejumlah perbelanjaan agak besar, apatah lagi bagi yang mempunyai ramai anak bersekolah. Walaupun tidak lagi perlu membeli buku teks kerana semua kini diberikan percuma melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), namun ada sesetengah pengurusan sekolah mengenakan yuran tambahan tertentu dan tidak begitu perlu sehingga dilihat menjadi beban ibu bapa.

Ibu bapa mesti bijak merancang perbelanjaan termasuk ketika membeli keperluan sekolah anak seperti kasut, beg, alat tulis dan pakaian. Sebagai ibu bapa, kita perlu berhemat dan bijak dalam perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada keperluan penting terlebih dulu Mengutamakan perbelanjaan untuk persekolahan anak juga meminta kita mengurangkan belanja terhadap perkara yang kurang penting untuk sementara.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...