2.6.13

Laporan polis dibuat terhadap pihak hina Agong



Hina Agong: 10 NGO Buat Laporan Polis
Sunday, 02 June 2013 16:38

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook, kelmarin.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada pukul 11 pagi ini.

Antara NGO terbabit adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) dan Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas menangkap individu terlibat yang secara jelas telah menghina Yang di-Pertuan Agong dan mempertikaikan kedudukan institusi diraja.

"Apa yang disiarkan di dalam blog mengenai perbualan beberapa individu mempersendakan ucapan Seri Paduka sempena Hari Keputeraan baginda, saya sifatkan sebagai amat biadab.

"Ini bukan lagi masa untuk menasihati atau memberi amaran tetapi tindakan tegas perlu diambil seperti menahan mereka yang berani mempersendakan raja kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -

- Utusan
sumber : Malaysian Digest.com



No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...