23.2.14

Aktiviti pembersihan kawasan ancam hutan paya bakau

Khamis Februari 13, 2014
Pembersihan Tanah Ancam 40,000 hektar Hutan Paya Bakau Di Kerian
Oleh IVAN LOH dan ELWEEN LOKE

Zakaria menunjukkan masalah yang berlaku di hutam paya bakau Teluk Rubiah.

PARIT BUNTAR: Salah satu ekosistem paya bakau terbesar di Malaysia kini terancam berikutan aktiviti pembersihan tanah dilakukan di sebuah kawasan dekat Kampung Gula-Gula.

Hutan paya bakau Matang yang berkeluasan lebih 40,000 hektar di daerah Kerian, Perak merupakan ekosistem paya bakau terbesar di Semenanjung, tetapi ia tertakluk kepada aktiviti pembersihan tanah pada minggu lalu.

Pengerusi Friends of Bakau (FoM), Zakaria Mohamed berkata, kira-kira 6 hektar bakau dibersihkan untuk membuka jalan bagi pembinaan kawasan ternakan udang yang terletak kira-kira 30km dari sini.

Kawasan itu berhampiran dengan pusat pemuliharaan burung Kuala Gula yang popular, di mana dianggarkan 200,000 burung singgah pada musim burung berhijrah antara Ogos dan April setiap tahun.

"Apa yang mengecewakan kita apabila melihat usaha kita untuk memulihara kawasan paya bakau hanyalah sia-sia," kata Zakaria.

Sejak tsunami Lautan Hindi oada 2004, kesedaran mengenai kepentingan pokok bakau semakin dirasai di kalangan rakyat, terutama di Kerian, yang merupakan kawasan di persisiran pantai di Perak.

Penduduk kampung dari Kampung Kuala Gula bimbang penyingkiran plot bakau dari paya yang diberi nama Teluk Rubiah di sini akan membawa kepada lebih banyak pembersihan tanah.

"Kita telah menanam banyak pokok bakau dalam tempoh tujuh tahun lepas dengan sokongan agensi-agensi kerajaan dan NGO yang lain. Tetapi sekarang, kita tidak tahu berapa lama lagi kita boleh meneruskan usaha kita itu," kata Zakaria.

Paya Bakau Teluk Rubiah berkeluasan 500 hektar, terletak 6 kilometer dari kampung tersebut.

Selain memerhati burung-burung berhijrah, kawasan Kuala Gula terkenal dengan eko-pelancongan, termasuk perkampungan homestay, lawatan melihat bakau menggunakan bot, kunang-kunang, nelayan menangkap ikan dan kilang memproses belacan.

Zakaria berkata, eko-pelancongan di sini mungkin akan terjejas akibat kekurangan hutan bakau, kerana burung-burung akan pergi ke tempat lain untuk berlindung.

Ketua pemuliharaan Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Balu Perumal berkata, penduduk tempatan kecewa dan pada masa yang sama bimbang terhadap aktiviti-aktiviti pembersihan tanah, dengan FoM melaporkan perkara itu kepada pejabat daerah.

"Jabatan Perhutanan dan Alam Sekitar, dan Kementerian Sumber Asli juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu," kata Balu, sambil menambah bahawa penduduk tempatan membantu untuk menanam kira-kira 200,000 pokok bakau di kawasan itu.

"Jika ada mana-mana tanah paya lain di Teluk Rubiah jatuh ke tangan persendirian, kami berharap pihak berkuasa boleh memperolehnya semula dan menukarkannya kepada sebuah taman komuniti," katanya.

Seorang jurucakap ternakan udang mengesahkan tanah itu milik persendirian tetapi enggan mengulas lanjut, manakala Pejabat Daerah dan Tanah Kerian tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen.

sumber : mStar Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...