27.3.14

Analisis FBI terhadap simulator penerbangan di rumah juruterbang MH370 dijangka siap


FBI: Analisis fail komputer juruterbang dijangka siap
2014/03/27 - 09:02:33 AM

WASHINGTON: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menamatkan analisis data daripada simulator penerbangan di rumah juruterbang MH370, kata Pengarah agensi Amerika Syarikat itu.

Pegawai Malaysia meminta FBI untuk membantu mengesan semula fail yang dipadamkan daripada cakera keras simulator berkenaan.

Ketuanya, James Comey berkata pakar sedang bekerja "bertungkus-lumus" untuk menyiapkan analisis itu dengan harapan data berkenaan dapat memberi petunjuk apa yang berlaku terhadap pesawat berkenaan yang hilang pada 8 Mac lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal. - AFP

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FBI_Analisisfailkomputerjuruterbangdijangkasiap/Article/?mutakhir=1

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...