27.3.14

Bantuan kebajikan dicadang diberikan kepada keluarga penumpang MH370

Selangor kaji bantuan untuk keluarga penumpang MH370
MAR 26, 2014 HARAKAHDAILY





KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan mengkaji bentuk bantuan kebajikan yang boleh disalurkan kepada keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi liar berhubung tragedi berkenaan sehingga melukakan perasaan mereka yang sedang meratapi kehilangan orang tersayang.

“Kerajaan negeri merancang mengkaji bantuan kebajikan mereka, khususnya anak kapal MH370 yang berasal dari Selangor. Namun, pada masa ini kita mesti berikan ruang secukupnya kepada keluarga terbabit dan mahu mereka tahu kita bersama mereka,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Setiasusaha Kerajaan Negeri (SUK), di Shah Alam hari ini.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi selepas beliau dimaklumkan wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Penemuan itu, sekali gus mengakhiri pencarian selama 17 hari dengan membabitkan gerakan besar-besaran dan bantuan pelbagai negara luar.

Ketika ini, pencarian diteruskan dengan fasa mencari kotak hitam yang mampu merungkai mesteri kehilangan pesawat malang terbabit.

sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/26703-selangor-kaji-bantuan-untuk-keluarga-penumpang-mh370

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...