31.3.14

Bedak sejuk


Bedak sejuk warisan penjagaan kecantikan
2014/03/31 - 07:18:08 AM Oleh Nor Hatina Shuib

Kemahiran anak jati Kedah ini menghasilkan bedak sejuk diperoleh daripada arwah nenek. Lebih istimewanya, Noor Hazwani Mansor, 27, hanya melihat neneknya menghasilkan bedak sejuk ketika berusia kanak-kanak tanpa mempelajari langkah penyediaan secara terperinci. Ekoran mahu menambah pendapatan, tahun lalu hatinya tergerak untuk menghasilkan bedak sejuk sendiri.

Bermula dengan tiga kilogram (kg) beras dan hanya untuk kegunaan sendiri, kini beliau menjual lebih 20kg bedak sejuk kepada pelanggan di serata negeri menerusi perniagaan dalam talian.

Walaupun hanya perniagaan kecil, sambutan yang diterima daripada pelbagai bangsa dan jantina membakar semangat Noor Hazwani untuk meneruskan tradisi yang semakin tenggelam dimamah usia ini.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bedaksejukwarisanpenjagaankecantikan/Article/

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...