Iklan Nuff

23.3.14

Hari pengundian PRK Kajang agak panas

Suasana hangat sejak pusat undi dibuka
JANATUL FIRDAUS YAACOB
23 Mac 2014




KAJANG - Suasana pusat mengundi PRK Kajang di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Sekamat kecoh ekoran tindakan perli-memerli di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun sudah menjadi adat untuk penyokong kedua-dua belah pihak berbalah dan mengejek antara satu sama lain, namun sesetengah kata-kata yang dihamburkan kepada pihak lawan sedikit mengejutkan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat penyokong BN memerli penyokong PR yang menggantung gambar calon mereka Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di dada mereka dengan berkata "Gambar isteri sendiri tak gantung, gambar isteri orang nak gantung".

Apabila penyokong BN melaungkan slogan "Hidup BN" pula, ada terdengar laungan "Hidup Cina" dari kelompok penyokong PR, seakan memerli BN yang mempertaruhkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon mereka.

Malah lebih memburukkan lagi keadaan penyokong BN menghamburkan kata-kata seperti tunggu lagi lima tahun dalam penjara Kajang.

Situasi ini berterusan selama beberapa minit walaupun terdapat cubaan penyokong dari kedua-dua parti supaya pertengkaran itu dihentikan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pihak mana yang memulakan pertengkaran tersebut.

Sementara itu, walaupun baru dibuka pada jam 8 pagi tadi, trafik di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sekamat mulai sesak.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/politik/suasana-hangat-sejak-pusat-undi-dibuka-1.263123

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...