Iklan Nuff

29.3.14

Kemunculan tentera AS di Kelantan dipertikai

Kemunculan tentera AS dipertikai
WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Mac 2014


Ahmad Marzuk

BACHOK – Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary meminta penjelasan daripada kerajaan mengenai dakwaan kemunculan tentera Amerika Syarikat di Kelantan.

Beliau berkata, kemunculan tentera Amerika Syarikat di Kelantan mendatangkan curiga dalam kalangan rakyat Kelantan.

Beliau mendakwa, gambar kemunculan tentera itu di Kelantan telah dirakam oleh aktivis di salah sebuah hotel di Kota Bharu dan gerombolan tentera itu menuju ke Hutan Simpan Sokor, Tanah Merah.

“Dalam ucapan saya di parlimen ketika membahaskan perbahasan titah ucapan Yang DiPertuan Agong, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ketiga Belas baru-baru ini, saya menyatakan bahawa dokumen oleh Arkib Negara Malaysia bertajuk
Documents On Malacca From 1509-1511, mendedahkan bagaimana Kota A famosa dibina oleh Portugis dari batu nisan orang Muslim dan serpihan batu masjid yang runtuh akibat serangan Portugis.

“Dokumen tersebut juga mendedahkan surat Alfonso De Albuquerque kepada King D Manuel tentang tekadnya untuk menghancurkan Makkah dan kota Muslim yang lain, yang perlu dibaca sebagai sebahagian strategi perang salib,” katanya.

Beliau yang juga AJK Pemuda Pas Pusat mengingatkan kerajaan mengenai dakwaan konspirasi barat dalam beberapa tragedi termasuk pencerobohan ke atas Iraq, Afghanistan dan pendedahan intipan oleh bekas agen Central Intelligence Agency
(CIA), Edward Snowden.

Ahmad Marzuk juga meminta kerajaan menyiasat kes pesawat MH370 bersama dengan hubung kait kes kehadiran dua perisik Israel di Bukit Aman dan penglibatan APCO.

Sementara itu, melalui beberapa laman blog kelmarin menyiarkan artikel Dewan Rakyat yang dimaklumkan mengenai kehadiran tentera Amerika Syarikat ke Kelantan pada awal bulan ini.

Melalui artikel itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kehadiran mereka selama dua minggu dari 18 hingga 21 Mac untuk latihan tahunan bersama Markas 8 Briged dan Markas Tentera Darat.

Menurutnya lagi, kehadiran tentera United States Army Pasific (USARPAC) itu juga menjalankan latihan bencana alam seperti banjir dan jungle warfare. Latihan sedemikian juga bakal diadakan lagi pada 17 hingga 29 September 2014.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/kemunculan-tentera-as-dipertikai-1.264961

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...