Iklan Nuff

31.3.14

Pakar dan aset berteknologi tinggi perlu bagi hadapi situasi umpama insiden MH370


Negara perlu pakar, aset teknologi tinggi
2014/03/31 - 05:44:21 AM

Kuala Lumpur: Negara kini memerlukan kepakaran aset berteknologi tinggi bagi menghadapi situasi kecemasan seperti insiden pesawat MH370 pada masa depan.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad, berkata sejak kejadian kehilangan MH370 negara menjadi bertambah matang dalam menghadapi situasi ini dan keperluan terhadap aset berteknologi tinggi adalah penting.

“Pelancaran satelit penderiaan jauh RazakSAT-2 pada 2016 dilihat dapat membantu negara merakam imej khususnya untuk tujuan perancangan pembangunan tetapi dapat juga digunakan bagi menghadapi insiden seperti kehilangan pesawat dan bencana.


“Keupayaannya merakam imej sekecil satu meter serta mengoperasikan satelit sendiri akan permudahkan serta mengurangkan kebergantungan negara sepenuhnya terhadap satelit milik negara asing,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Noordin berkata, selain itu langkah yang perlu diambil adalah dengan menjalinkan lebih banyak hubungan antarabangsa dari aspek teknologi.

“Hubungan antarabangsa ini perlu diperkukuhkan supaya kita dapat berkongsi kepakaran serta aset teknologi satelit ini,” katanya.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Negaraperlupakar_asetteknologitinggi/Article/index_html

No comments:

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...