31.3.14

TUDM menyertai misi mencari pesawat MH370 menggunakan C-130 Hercules

TUDM sertai misi mencari
2014/03/31 - 05:45:11 AM

MEJAR Jafri Suboh (kiri) dan Mejar Azman Amat dari TUDM bersedia untuk berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia di Pearce bagi menyertai misi mencari MH370. - Foto BERNAMA


Perth: Skuardron 20 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) buat pertama kali menyertai misi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi, menggunakan sebuah pesawat C-130 Hercules, semalam.

Mereka menyertai pasukan pelbagai negara membabitkan Australia, Amerika Syarikat (AS), Jepun, China, Korea Selatan dan New Zealand dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce untuk operasi pencarian di lokasi baharu kira-kira 1,850 kilometer (km) ke barat Perth.

Pesawat TUDM itu yang dipandu Mejar Mohd Anuar Ahmad berlepas dari pangkalan berkenaan pada jam 11 pagi dan kembali selepas jam 7 malam tadi. Sementara itu, Agensi Keselamatan dan Maritim Australia (AMSA) memaklumkan, usaha mencari kini difokuskan sepenuhnya di zon baharu membabitkan keluasan 319,000km persegi.

Semalam, 10 pesawat dan empat kapal laut, termasuk HMAS Success milik Tentera Laut Diraja Australia, kapal maritim China, Haixun 01; kapal penyelamat China, Nan Hai Jiu; kapal tentera laut China, Jinggang Shan yang berada di kawasan itu sudah melakukan pencarian.

6 kapal laut tiba esok

Enam lagi kapal laut dijadualkan tiba di kawasan itu mulai hari ini. Antaranya, kapal friget Australia, HMAS Toowoomba yang berlepas dari Perth, kelmarin, dijangka tiba esok.
Kapal Ocean Shield milik Tentera Laut Diraja Australia juga berlepas dari Perth, lewat petang semalam, selepas dipasang alat pengesan kotak hitam (pengesan pinger) dan Bluefin-21 Autonomous Underwater Vehicle (sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu).

sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TUDMsertaimisimencari/Article/

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...