21.3.14

YOGA Tablet 10 HD

Curi tumpuan Mobile World Congress 2014
2014/03/15 - 06:55:15 AM 
Oleh Che Wan Badrul Wan Alias

YOGA Tablet 10 HD+PAMERAN berprestij industri mudah alih dunia, Mobile World Congress 2014 di Barcelona, tahun ini menyaksikan tumpuan pengunjung beralih ke sudut pameran milik Lenovo yang menempatkan tablet terbarunya, YOGA Tablet 10 HD+.

Bagaikan sesuatu yang dinantikan, pelancaran YOGA mencuri perhatian pengunjung dan pengkritik apabila Lenovo sekali lagi menepati jangkaan meletakkan standard baru dalam industri tablet mudah alih.

YOGA Tablet 10 HD+ kini dinaik taraf dengan paparan skrin definisi tinggi penuh (Full HD). Resolusi mencecah 1920x1200. Teknologi dipacu prosesor empat teras Qualcomm Snapdragon 400 berprestasi tinggi baru.


Teknologi ini menjadikan rekaan berkenaan cukup dinamik untuk sebuah tablet.
Tablet dilengkapi pembesar suara audio Dolby terletak di depan skrin, 10 titik multi-sesentuh dan slot mikro USB. Inovasi dilengkapi kamera sisi definisi tinggi 8MP (Mega Piksel) tinggi untuk rakaman gambar dan video secara jelas serta kamera hadapan 1.6M HD.

Peluang menguji cuba YOGA Tablet 10 HD+ ketika pameran berlangsung, membandingkannya dengan YOGA Tablet 8 memberikan gambaran tepat kepada penulis mengenai potensi dan keupayaan Lenovo menerajui industri PC+ pada masa depan.

Bahkan walaupun menggunakan platform Android 4.3, penulis berpendapat YOGA adalah tablet yang mampu memberikan pengalaman paling hampir dengan penggunaan komputer meja berbanding mana-mana tablet di pasaran kini.
Kekuatan YOGA tidak hanya tertumpu kepada baterinya yang mampu bertahan hampir 18 jam, tetapi kebebasan penulis memuat turun dan menggunakan aplikasi penting seperti yang tersedia dalam komputer untuk tujuan suntingan.

Keupayaan YOGA Tablet 10 HD+, dijangka mampu menampung permainan multimedia lebih berat kerana memiliki prosesor Qualcomm Snapdragon.

Dilengkapi kapasiti memori 2GB LP-DDR2, storan besar 16GB/32GB ditambah dengan keupayaan sehingga 64 GB menerusi slot kad mikro-SD,

Pengalaman menggunakan tablet itu semakin menarik dengan kehadiran empat aplikasi DOit iaitu SHAREit; SECUREit; SYNCit; dan SNAPit yang turut dilancarkan Lenovo ketika berlangsungnya pameran itu.

DOit menjadi aplikasi penting yang memudahkan tugasan penulis ketika melaporkan berita dari lokasi khususnya SHAREit melancarkan pemindahan gambar secara tanpa wayar dari kamera ke YOGA pada kadar kelajuan 40 kali lebih pantas berbanding Bluetooth.

YOGA Tablet 10 HD+ mula dipasarkan tidak lama lagi dan harga cadangan sekitar RM1,146.

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CuritumpuanMobileWorldCongress2014/Article/

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...