9.4.14

Bersama menunggu....MH370



Tragedi yang menimpa pesawat MAS MH370 yang dijadualkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac yang lalu namun pesawat tersebut tidak sampai ke destinasinya tepat pada masa yang dijadualkan iaitu berlepas lpada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.


Pesawat tersebut membawa seramai 239 penumpang termasuk penumpang dan anak kapal dan pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).


Laluan pesawat telah beralih arah daripada laluan asalnya sehingga disahkan oleh Perdana Menteri pada 24 Mac bahawa MH370 telah berakhir di Lautan Hindi iaitu lebih 2500 kilometer ke barat Perth, Australia. Hari ini sudah genap sebulan kehilangan pesawat tersebut namun pencarian masih diteruskan walaupun tanda-tanda isyarat dari kotak hitam yang mengikut kebiasaannya jangka hayat baterinya dapat bertahan selama 30 hari dan menjadi harapan kita perkara ini tidak berlaku bagi memberi peluang misi SAR yang sedang giat sekarang ini menemui isyarat tersebut secepat mungkin.


Sebagai warga yang prihatin dengan kesedihan dan derita yang ditanggung oleh waris semua penumpang serta kru pesawat maka adalah elok kita daripada membuat satu kenyataan yang boleh menambah derita yang ditanggung oleh mereka. Ada yang beranggapan berita ini sudah basi, serta bosan menunggu berita yang yang telah menjadi tajuk utama akhbar-akhbar dan siaran televisyen malah ruang internet juga tidak terlepas memaparkan berita dari Lautan Hindi yang masih tidak pasti di mana bangkai pesawat itu secara tepatnya.


Bagi waris penumpang dan kru pesawat MH370 penantian akan diteruskan walau berapa lama lagi nasib keluarga mereka di dalam pesawat akan ditunggu dan terus menunggu dan mungkin penantian akan berakhir dalam masa terdekat ini kerana aset yang membuat misi SAR telah menemui isyarat yang mungkin dari kotak hitam MH370. Kita tunggu dan lihat, dan usaha yang dilakukan oleh pasukan pencari yang menempuh seribu ancaman Lautan Hindi diucapkan syabas kerana tidak mengenal erti putus asa demi menentukan nasib MH370 diputuskan dengan muktamadnya.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...