7.4.14

Isnin, permulaan hari yang cemerlang


Setiap hari Isnin bagi saya begitu berat untuk memulakan kerja kita kerana telah dapat bercuti selama dua hari iaitu cuti hujung minggu. Bagi memulakan kerja pada hari pertama pada minggu tersebut terasa berat kerana pada cuti hari Sabtu dan Ahad saya tidak tergesa-gesa untuk bersiap dengan berpakaian formal bagi ke tempat kerja walaupun kena bangun awal juga untuk menunaikan solat Subuh namun terasa lebih santai dan tidak tertekan dengan masa.



Tentulah tekanan akan lebih lagi bila tempat kerja yang jauh serta terpaksa pula menempuh kesesakan jalan raya yang berpanjangan sehingga sampai ke tempat kerja malah yang terpaksa menaiki kenderaan awam lain pula ceritanya. Walau bagaimana pun situasi ini terpaksa ditempuh pada setiap hari bekerja sehingga berpuluh tahun masanya terpaksalah redha dengan ketentuan Allah yang memberi peluang kepada kita mencari rezeki di buminya yang luas ini berbanding orang lain yang lebih teruk daripada kita kerana perlu menempuh hutan, laut, sungai, bukit, gunung dan ruang udara dalam kerjaya yang bersangkutan dengan itu yang sudah tentu lebih mencabar serta risiko yang tinggi.

Perasaan berat untuk bekerja dapat kita atasi dengan meningkatkan keazaman membuat sesuatu yang terbaik dalam pekerjaan kita di mana dapat memberikan pelanggan puas hati dan seronok berurusan dengan kita yang sentiasa positif dan ceria. Pekerjaan dalam pelbagai bidang tidak terlepas dari godaan sindrom malas dan budaya sambil lewa kerana keikhlasan dan niat melakukan kerja tidak ditanam dengan betul dalam sanubari kita untuk mendapatkan ganjaran pahala dari Allah serta imbuhan yang bakal kita perolehi setiap bulan akan memberikan keberkatan rezeki yang boleh membawa kebahagian hidup di dunia ini lagi dan seterusnya selamat di akhirat kelak.

Tidak sukar untuk kita melawan nafsu malas dan sikap tidak acuh dalam melakukan kerja yang diamanahkan secara sedikit demi sedikit jika kita berfikir gaji yang akan kita dapat itu benar-benar hak kita dan halal kita gunakan menyara diri sendiri dan juga keluarga bagi sudah berkeluarga. Rezeki yang halal akan melahirkan tubuh badan yang sihat dan juga dapat membentuk nilai kerohanian yang kental dan kuat. Juga akan lahirlah zuriat yang baik-baik serta berjaya juga seperti kita kerana ketentuan Allah itu sudah termaktub di dalam al-Quran dan juga sabdaan KekasihNya Nabi Muhammad SAW.

Alah bisa, tegal biasa, pepatah yang menjadi ingatan dan panduan untuk kita harungi hari-hari sepanjang hidup kita dengan komitmen yang tinggi serta mahir sehingga kita seronok dan tekun dalam bekerja. 

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...