2.4.14

Kesan kewangan RM400 bilion akan diterima jika mahu ambil alih lebuh raya

Ambil alih lebuh raya beri kesan kewangan lebih RM400 bilion, kata menteri
OLEH DIYANA IBRAHIM
APRIL 02, 2014


Pengambilalihan lebuh raya oleh kerajaan akan melibatkan kesan kewangan yang sangat tinggi. Gambar fail.


Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof hari ini berkata Putrajaya tidak dapat melaksanakan cadangan mengambil alih semua lebuh raya yang beroperasi pada ketika ini kerana ia melibatkan implikasi kewangan tinggi iaitu melebihi RM400 bilion.

Beliau berkata, cadangan pengambilalihan itu juga akan dianggap sebagai nasionalisasi di mana akan memberi kesan negatif kepada pasaran modal dan imej kerajaan di kalangan pelabur terutamanya pelabur asing.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.


Hanipa dalam soalannya turut meminta kementerian menyatakan jumlah pampasan yang dibayar oleh kerajaan bagi setiap pemegang konsesi tol di semua lebuh raya kerana keengganan menaikkan kadar tol pada masa ditetapkan.

Dalam jawapan itu bertulis itu menyatakan imlikasi kewangan itu adalah berdasarkan kajian dilaksanakan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Sementara itu Hanipa dalam sidang medianya berkata kerajaan dilihat selalu memberi jawapan tidak konsisten berhubung isu konsesi dan kenaikan tol apabila menyatakan pengambilahan tersebut tidak menghormati perjanjian.

Katanya sebagai pemegang majoriti saham tertinggi melalui Khazanah Nasional, kerajaan mempunyai kuasa untuk membeli saham tersebut daripada membayar ganti rugi apabila meminta syarikat konsesi menangguhkan kenaikan harga tol.

"Tidak ada kerugian yang berlakunya sekiranya kerajaan membeli kesemua saham itu daripada syarikat konsesi.

"Kerajaan sepatutnya melihat perjanjian yang melibatkan kepentingan rakyat apabila umum ditangguh tidak bermakna duit rakyat tidak gunakan kerana ia akan disalurkan sebagai ganti rugi kepada syarikat konsesi," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad juga mendakwa dengan angka yang diberikan menteri kerja raya itu menunjukkan bahawa rakyat ditipu oleh Umno.

"Perjanjian amat berat sebelah ini bukan soal langgar perjanjian ini mengenai mencari harga pasaran saya rasa sekiranya kerajaan melanggar perjanjian tidak adil itu saya kira imej negara tidak akan terjejas malah ia akan menyebabkan Malaysia di pandang tinggi," katanya. – 2 April, 2014.

sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ambil-alih-lebuh-raya-beri-kesan-kewangan-lebih-rm400-bilion-kata-menteri

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...