8.4.14

Peluang berkhidmat kepada pelanggan


Sehari sudah berlalu dengan sangat cepat lantaran kesibukan mengatur jadual kerja yang perlu dibuat sepanjang minggu ini. Mungkin kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan pada minggu lepas boleh turut dijalankan juga hari ini yang menambahkan kesibukan yang sedia ada.



Hari ini bermulalah pelaksanaan kerja yang telah dirancang semalam dengan mengikut jadual serta mengikut hiraki kepentingannya samada segera atau boleh ditangguhkan walaupun agak sama-sama penting. Perancangan yang telah diatur perlu dilaksanakan bukan hanya rancang sahaja namun pelaksanaannya tidak diambil berat.

Bagi pekerjaan yang melibatkan klien sudah tentulah lebih perlu kepada perancangan dan jadual pelaksanaan kerja yang tersusun dan perjalanannya secara yang cekap dan efisen. Persediaan pegawai serta prasarana tempat kerja memainkan peranan penting bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Klien yang datang dengan pelbagai urusan yang berkaitan dengan pekerjaan kita akan memberikan anggapan yang tinggi yang urusan mereka akan selesai kerana segala prosedur yang sepatutnya telah mereka lakukan dan bukanlah masanya pegawai itu menafikan keterlibatan mereka dengan urusan klien itu.

Persediaan 100 peratus dan komitmen juga 100 peratus yang ada pada seseorang pegawai kerajaan perlu mendapat sokongan dan dokongan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung kerana kepuasan hati pelanggan perlu diberi secepat mungkin agar prestasi sentiasa kekal dan boleh diketengahkan seterusnya matlamat perkhidmatan kita akan tercapai dengan jayanya..

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...