2.4.14

Rangkaian 'TV Sosial' Twitter diperluaskan

Twitter perluas rangkaian 'tv sosial', beli dua firma
2014/04/01 - 08:43:31 AM



SAN FRANCISCO: Twitter hari ini berkata pihaknya memperluaskan lagi platfom “tv sosial' dengan rakan niaga global barunya selepas selesai membeli dua firma di Britain dan Perancis.

Dua firma tv social itu ialah SecondSync di Britain dan Mesagraph di Perancis yang mengumumkan secara berasingan mereka ssudah menyertai Twitter.

Bagaimanapun, terma perjanjian belian itu tidak diumumkan.


Usaha sama itu tercetus selepas Twitter mengumumkan untuk melebarkan rancangannya untuk menjadi 'skin kedua' kepada penonton televisyen di seluruh dunia.

“Setiap hari, pengguna Twitter berkongsi pengalamannya menonton televisyen dengan rakan dan peminit di seluruh dunia," kata Jana Messerschmidt dalam blog twitternya.

“Hari ini, kami berbangga untuk mengumumkan bahawa kami akan menawarkan Twitter TV bersama Kantar.”

Perjanjian itu akan melangkaui rantau Britain dan Sepanyol sehingga ke Norway, Russia, sebahagian Afrika dan Asia Tenggara. - AFP

sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Twitterperluasrangkaian_tvsosial__beliduafirma/Article

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...