10.5.14

Budak tiga tahun diculik


Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Seorang bapa menempuh detik cemas apabila anak lelakinya berusia tiga tahun dilarikan bersama kenderaan pacuan empat roda selepas berhenti untuk membuang air di sebuah stesen minyak di Kampung Air, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun, dalam kejadian kira-kira 6 pagi, mangsa Low Yee Shang, 31, mendakwa hanya meninggalkan kenderaannya selama beberapa minit untuk membuang air kecil.

"Sebelum keluar, mangsa mendapati anaknya, Low Yee Shang sedang tidur di tempat duduk belakang lalu meninggalkan kenderaan tanpa mengunci pintu atau mematikan enjin.

"Bagaimanapun selepas membuang air kecil, mangsa mendapati kenderaan bersama anaknya hilang, dipercayai dilarikan individu tidak dikenali," katanya.

KERETA pacuan empat roda yang dilarikan berjaya ditemui di Bukit Bendera, namun kanak-kanak terbabit gagal ditemui.

Tambahnya, kenderaan pacuan empat roda itu berjaya ditemui di Bukit Bendera berhampiran Menara Jam Atkinson pada jam 9.30 pagi, kira-kira 500 meter dari lokasi ia dilarikan, namun kanak-kanak terbabit tiada didalamnya.

"Pihak polis kini giat melakukan sekatan dan pemeriksaan menerusi semua laluan keluar dan masuk di negeri ini termasuk menerusi udara dan laut bagi mengesan kanak-kanak yang hilang ini," katanya.

sumber : myMetro Online

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...