5.5.14

Hishammuddin belum terima laporan audio palsu

WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Mei 2014

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

SHAH ALAM - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan pihaknya masih tidak menerima sebarang maklumat berkenaan data rakaman audio mengenai perbualan akhir antara juruterbang MH370 dan menara kawalan trafik yang didakwa telah disunting.

Menurutnya, pasukan penyiasat masih menjalankan siasatan ke atas rakaman tersebut dan beliau meminta supaya semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pendedahan maklumat terbabit.

“Saya tidak memperolehi sebarang maklumat atau laporan terperinci mengenai isu rakaman audio yang mungkin disunting.

“Kita tidak boleh buat sebarang spekulasi terlalu awal, pihak kami dan pasukan siasatan sedang mengambil butiran lanjut untuk menyiasat dan mengesahkan dakwaan terbabit,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Semalam, seorang pakar siasatan forensik telah mendakwa data audio rakaman penerbangan milik pesawat MH370 telah diubahsuai dengan sengaja oleh seseorang.

Dalam satu berita yang dilaporkan oleh NBC, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap data rakaman, pihak pakar penyiasat mendapati sumber audio tersebut datang dari dua rakaman kaset yang berbeza dan empat ‘jarak kosong’ yang jelas membuktikan ia hasil daripada suntingan audio.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...