6.5.14

MH370: Pemetaan demografi laut ambil masa 6 minggu

5 Mei 2014



KUALA LUMPUR - Selepas gagal mengesan pesawat MH370 yang hilang melalui usaha mencari dari udara, di permukaan dan di bawah air sejak 57 hari lalu, pencarian kini akan dipergiat di dasar laut Lautan Hindi selatan termasuk untuk memetakan kawasan pencarian.

Timbalan Perdana Menteri, Australia Warren Truss berkata pemetaan demografi lautan dijangka mengambil masa enam minggu, kerana sebahagian besar kawasan itu tidak pernah dibuat pemetaan sebelum ini.

"Ini perlu dilakukan untuk memahami dasar laut kawasan itu," katanya pada sidang akhbar bersama selepas mempengerusikan perbincangan tiga hala dengan pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan Cina Yang Chuantang.

Perjumpaan itu diadakan di bangunan Parlimen Australia di Canberra.

Menurut laporan sebelum ini pencarian itu perlu fokus kepada dasar laut kerana besar kemungkinan sebarang serpihan tidak akan ditemui di permukaan laut kerana kebanyakannya kini sudah tentu dipenuhi air dan tenggelam ke dasar laut.

Lautan Hindi merupakan laut ketiga terbesar di dunia dengan titik paling dalam ialah 8,047 meter.

sumber: Sinar Harian

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...