7.5.14

Pemuda Gerakan sokong 'hudud BN'

MUHAMMAD FAIZAL | 06 Mei 2014.



KUALA LUMPUR: Pemuda Gerakan menyatakan sokongan mereka untuk menyokong hudud jika ia di bawa oleh Ahli Parlimen BN.

Perkara itu dijelaskan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang pada sidang media di Alor Setar semalam.

Pemuda Gerakan sebelum ini menentang cadangan Kerajaan Negeri Kelantan PAS yang ingin membawa usul persendirian ke parlimen bagi membentangkan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud).

Keng Liang bersama sekumpulan Pemuda Gerakan juga telah menyerahkan satu notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat tersebut melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.

Namun semalam, Keng Liang bersama Pemuda Gerakan itu dilihat bersedia mendengar penjelasan Pemuda Umno mengenai hukuk hudud dan tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen BN yang beragama Islam untuk menyokong rang undang-undang persendirian bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Sementara itu, satu lagi parti komponen BN, MCA yang diketuai Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Tan Kok Eng bersama kira-kira 30 ahli pemuda parti itu, persatuan Cina dan NGO telah mengadakan protes di depan Pejabat Agung PAS bagi membantah rancangan PAS membentang rang undang-undang persendirian mengenai hudud pada sesi parlimen akan datang.

Mereka yang berkumpul kira-kira jam 10 pagi semalam bersama kain rentang dan plakad yang bertulis, “Say No to PAS Hudud”.

Tan kemudiannya menyerahkan memorandum kepada seorang kakitangan PAS Fadhil Osman, menggesa parti Islam itu menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“Kami tidak fikir Malaysia adalah negara Islam,” kata Tan dalam sidang media selepas protes itu.

sumber : Harakahdaily

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...