6.6.14

TH TAWAR KAD DEBIT

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melancarkan Tabung Haji Debit i Mastercard di Bagunan Tabung Haji semalam. Turut kelihatan Datuk Jamil Khir Baharom (dua dari kiri), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail (kanan). - Foto Effendy Rashid

LEMBAGA Tabung Haji (TH) muncul sebagai institusi Islam bukan perbankan pertama di dunia memperkenalkan kad debit menerusi pelancaran Tabung Haji Debit-i MasterCard.

Menerusi kad itu, 8.4 juta pendeposit TH kini mempunyai alternatif untuk mengakses ke akaun mereka dengan lebih mudah dan selamat di mana saja mereka berada.

Kad itu berfungsi seperti tunai atau cek peribadi dengan setiap pembelian dan transaksi akan dibayar terus dari akaun simpanan pendeposit TH.

Pendeposit juga boleh melakukan pengeluaran di lebih 2.5 juta mesin juru wang automatik (ATM) di seluruh dunia selain daripada kemudahan membeli-belah di 38 juta lokasi pedagang yang menerima MasterCard di Arab Saudi dan seluruh dunia.

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...