9.6.14

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Jamuan Teh Diraja


Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ditemani Tuanku Hajah Haminah berkenan memotong kek pada Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 8 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan berangkat menghadiri majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka di Istana Negara di sini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Antara tetamu yang hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 jemputan termasuk menteri kabinet serta isteri masing-masing dan kenamaan dari dalam dan luar negara itu turut diserikan dengan acara memotong kek oleh Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian berkenan bersalaman dengan dif jemputan serta para hadirin yang turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan diiringi orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - BERNAMA

No comments:

Iklan Nuff

SKUAD My J SG SIPUT Headline Animator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...